Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu

Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu

POLIS kini mengesan pemandu Perodua Myvi putih yang melakukan provokasi dan halangan dalam sebuah rakaman video tular sejak semalam di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran PGT 124 itu dipercayai telah menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan mengenai kejadian terbabit kira-kira pukul 9 malam tadi.

Katanya, kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang.

Tambahnya, secara tiba-tiba pemandu berbangsa India itu telah membrek secara sedikit-sedikit dan menyebabkan pengadu hampir berlanggar dengan kenderaan miliknya.

“Pemandu Myvi juga telah mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit.

“Bagaimanapun, pengadu tidak pasti apa yang dituturkan oleh pemandu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, pengadu telah mengabaikan perkara tersebut dan meneruskan pemanduan seperti biasa sebelum bertindak membuat laporan polis.

Sehubungan itu, polis kini sedang dalam usaha mengesan suspek di dalam video yang telah dirakam oleh pengadu bagi membantu siasatan dan kes di siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Eng Lai meminta saksi kejadian terbabit menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. Utv

Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker