Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

LULUH hati penyanyi muda Reedzwan apabila hasratnya untuk menziarahi kubur arwah bapanya di Perak tidak kesampaian apabila tanah perkuburan itu telah diratakan tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Reedzwan atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 22, dia masih kaget dan terkejut dengan apa yang berlaku.

“Aku baru sampai Perak… aku nak tengok kubur abah. Lepas itu aku tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja.

“Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang,” kata Reedzwann yang tidak bercerita lebih lanjut lokasi sebenar tanah perkuburan tersebut.

VIDEO DIBAWAH:-

Dalam pada itu, penyanyi lagu Adakah Ini Mimpi kecewa pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Malah, kata Reedzwan dia hanya menemui batu nisan yang dikumpul di tepi tanah perkuburan tanpa sebarang makluman.

“Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun… tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi,” tulisnya.-GEMPAK

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker