34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung

34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung

Tinggal beberapa hari menjelang hari raya, pelakon sensasi Tiz Zaqyah dianugerahkan keajaiban Ramadan apabila akhirnya dapat bertemu dengan abang kandung (sebapa) yang tidak pernah diketahui kewujudannya sejak 34 tahun lalu.

Terharu, sebak dan tidak dapat menggambarkan kebahagiaan yang dirasai, Tiz ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, jiwanya memberat dengan emosi namun sangat bersyukur apabila impian untuk memiliki seorang abang selama ini akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

“Memang impian saya selama ini untuk memiliki seorang abang dan akhirnya termakbul. Saya rasa sangat bersyukur. Perasaan saya bercampur-baur. Inilah keajaiban bulan Ramadan,” katanya.



Bercerita lebih lanjut, Tiz bertemu semula dengan abangnya yang hanya mahu dikenali sebagai Zacky ketika menghadiri sebuah majlis di Singapura pada 23 April lalu.

Malah, abangnya juga selama ini sudah lama mencarinya, namun belum punya rezeki untuk bertemu.

“Kebetulan saya ada di Singapura. Bila abang dapat tahu, dia hubungi pihak penganjur program menerusi nombor dalam Instagram. Sebenarnya abang sudah lama mencari saya.

“Bila saya dimaklumkan ada seseorang mahu berjumpa, saya etrul-betul tidak tak sabar dan dapat merasai sesuatu. Saya tidak berfikir panjang untuk bertemu dengannya,” ujar pelakon Nur Kasih itu teruja.



Segala penantian pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak selama 34 tahun berakhir apabila Zacky berkongsi gambar bapa mereka.

“Masa jumpa, dia tunjukkan gambar hitam putih ayah kami dan macam-macam lagi seperti dokumen lahir.

“Terbukti memang sah kami adik beradik. Saya bersyukur tidak terhingga. Teruskan mendoakan kebahagiaan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.



Kongsi pelakon berusia 34 tahun lagi, Zacky mendapat tahu bahawa Tiz adalah adik kandungnya sejak dua tahun lalu apabila seorang rakannya meminta dia untuk melihat Instagram Tiz yang berkongsi foto wajah bapanya.

“Abang dapat tahu kami ada pertalian dua tahun lalu apabila rakannya minta dia tengok Instagram saya kerana muka ayah kami sama.

“Dia (abang) berusaha untuk menjejaki saya, namun tiada rezeki apabila negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bercakap tentang abangnya yang kini sudah pun berusia 42 tahun, lelaki itu sudah pun mendirikan rumah tangga dan memiliki dua orang anak perempuan yang cantik.



Malah, Tiz juga mengakui bahawa wajahnya dengan lelaki itu seiras dan ditambah dengan sebuah naluri yang sangat kuat.

“Saya lihat wajahnya memang seiras dengan saya. Naluri dan perasaan saya juga sangat kuat. Walaupun baru berjumpa, saya berasa sangat selesa berada di sisi abang,” katanya.

“Inilah rezeki Ramadan saya apabila dapat bertemu semula dengan abang kandung sebapa buat pertama kali dalam hidup. Saya harap abang ada rezeki untuk bertemu dengan ayah kandung kami nanti di Malaysia,” katanya.

Selepas bertemu Zacky, Tiz tidak lagi bergelar ‘dua beradik’ bersama kakaknya kerana dia kini sudah pun memiliki seorang abang.

“Selama ini saya fikir saya hanya dua beradik dengan kakak. Selepas ini hubungan kami akan lebih rapat lagi.



“Perasaan ada abang itu susah nak dijelaskan. Sangat lain rasanya kerana sejak kecil lagi saya memang mendoakan ada abang.

“Memang rezeki dari Allah kerana saya selalu berdoa agar ada abang untuk jaga saya. Kasihan kerana sangat lama hubungan ini terputus. Lagi sebak bila orang cakap dia wali saya juga,” katanya.

Terdahulu, Tiz turut berkongsi kebahagiaannya menemui dan mempunyai seorang abang menerusi laman sosialnya. Perkongsian Tiz mendapat pelbagai respons netizen, termasuk kenalan artis yang sama-sama bersyukur bahkan turut mendoakan keharmonian mereka adik-beradik berkekalan sehingga ke akhir hayat. – KO
34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker