Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM

Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM

Usahawan kosmetik kontroversial, Aliff Syukri Kamarzaman hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pagi tadi untuk memberi keterangan susulan klip video muzik sempena Aidilfitri.

Dia yang tiba pada jam 9.58 pagi itu turut ditemani dua lelaki yang kelihatan di pekarangan bangunan berkenaan.



“Maaf, saya kena masuk ke dalam untuk beri keterangan,” katanya kepada wartawan, menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata, SKMM akan memanggil individu terlibat dalam klip video berkenaan dan mereka telah diberi notis.

Katanya, perkara itu telah diteliti oleh SKMM dan mereka mempunyai sebab untuk melaksanakan siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video raya itu yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.



Annuar turut mengesahkan kementeriannya menerima terlalu banyak aduan, termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri, khususnya Bahagian Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.

Beliau berkata, keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini. FMT

Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker