‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib



‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib

Kesediaan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi BN pada PRU15 disifatkan ke arah pembentukkan Pakatan Harapan (PH) 2.0.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, jika menjadi kenyataan PH dan Perikatan Nasional (PN) mungkin akan mengeluarkan cerita baru untuk menipu rakyat tak lama lagi.

“Kami bukan berpakat atau bergabung. Tak, cuma runding kerjasama untuk memastikan saingan satu lawan satu untuk lawan BN dalam PRU15.

“Tapi ini bermaksud PH dan PN akan bahagikan jumlah kerusi parlimen yang akan ditanding masing-masing.




“Andaikan mereka menang kerusi yang dibahagikan itu. Ini juga bermaksud mereka perlu berpakat atau bergabung selepas PRU15 untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan. Maka, ‘welcome back’ PH 2.0,” tulis Najib di Facebook, hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata Bersatu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan BN berdepan saingan satu lawan satu PRU15 akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu itu berkata ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata persefahaman antara parti politik itu penting bagi mengelak perpecahan undi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“…dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.




“Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu di Kuala Lumpur semalam. Mk

‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.