Fasha Sandha Teruk Dikecam

Fasha Sandha Teruk Dikecam

Pelakon berbakat, Fasha Sandha memuatnaik beberapa tangkap layar pandangan orang ramai terhadap lakonannya sebagai Hanim Sya dalam drama Khilaf Asmara di Instagram menarik perhatian.

Teruk Dikecam Gara-Gara Watak Hanim
Melihat entri Fasha di Instagram nya, pelakon berkebolehan ini tidak menyangka ramai yang menonton drama tersebut begitu terkesan dengan lakonannya sebagai Hanim Sya.

Rata-rata banyak kritikan dan cemuhan yang diterima aktres jelita ini, semenjak drama Khilaf Asmara ditayangkan pada 18 April lalu, apatah lagi babak bagi episod malam tadi cukup membuatkan sesiapa yang menontonnya berasa panas hati.

Fasha juga mengatakan baru sekarang dia memahami perasaan Nad Zainal, yang menerima banyak kecaman gara-gara membawa watak Kirana dalam drama Dendam Seorang Isteri.

“Penuh dengan cacian, carutan kat #hanimsya

Sampai ada yang nak pukul @budakijat berani ka? Apapun terima kasih kerana menonton. ‘Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan’.

Aduh aku kena carutan banyak malam ni. Sekarang aku faham apa perasaan KiKi” tulisnya

Peminat Iktiraf Lakonan Mantap Fasha
Melihat muatnaik di Instagram Fasha, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pandangan masing-masing mengenai lakonan Fasha sebagai Hanim dalam drama tersebut. Rata-rata ramai yang memuji dan mengikhtiraf lakonan mantap Fasha sebagai pelakon tanah air.

“Carutan yang diterima atas watak yang dibawa menandakan @fashasandha pelakon yang hebat. Tahniah. Saya suka lakonan anda.”

“Maksudnya lakonan mantap..”

“Tengok Dendam Seorang Isteri kesian.. Tengok Khilaf Asmara rasa nak mengamuk. Fasha awak hebat lah!!” komen peminat

“Anda memang TERBAIK”

“Maknanya lakonan anda menjadi”

“Hebat lakonan akak” komen mereka

Sekadar info, drama Khilaf Asmara terbitan Radius One Production ini dibarisi dengan empat pelakon sebagai tunjang utama drama iaitu Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sanda dan Fahrin Ahmad.

Naskhah bersiri ini mula bersiaran pada 18 April 2022 di slot Samarinda di saluran TV3 pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 10 malam. Mr

Fasha Sandha Teruk Dikecam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker