Saiful Bukhari keluar Bersatu

Saiful Bukhari keluar Bersatu

Mohd Saiful Bukhari Azlan–bekas pegawai Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat majikannya–meletakkan jawatan sebagai anggota seumur hidup Bersatu.

Katanya, pada 22 April dia membawa hasrat itu kepada setiausaha agung Bersatu melalui sepucuk surat atas alasan peribadi.



“Berehat seketika. Terima kasih Bersatu,” tulisnya di media sosial.

“Fokus kini pada #SSPAAnalytics, kerjaya, dan keluarga. Bismillah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Saiful Bukhari berkata tarikh keluar partinya akan berkuat kuasa hari ini.

Selama berkhidmat dengan Bersatu, dia bergiat sebagai anggota jawatankuasa komunikasi strategik Jabatan Penerangan Bersatu dan ketua unit penyelidikan.



Dia juga bergiat dalam Pemuda Perikatan Nasional bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021.

Sementara itu, Saiful Bukhari menekankan persahabatannya dengan anggota lain parti tidak harus diputuskan.

“Pada hemat saya, silaturahim harus mengatasi ideologi politik.

“Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya.



Mahkamah memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari.

Anwar yang menafikan perkara itu dan mendakwa terdapat konspirasi menjatuhkannya bagaimanapun mendapat pengampunan penuh diraja.

Kemasukan Saiful Bukhari ke dalam Bersatu sebagai anggota bahagian Bentung diluluskan pada Januari 2021, sekali gus menamatkan penglibatan 12 tahun dalam politik tanpa parti.

Dia ketika itu berkata menyertai Bersatu kerana “lebih afdal bergerak secara berjemaah, dari bergerak secara solo” dan setelah dua bulan beristikharah dan dan mengumpul pendapat. Mk



Saiful Bukhari keluar Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker