Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap

Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap

Tiga pelanggan sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong, Alor Setar, hari ini, maut dipercayai lemas terhidu asap, dalam kejadian kebakaran di premis berkenaan, pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti Mark Barry, 32, ditemui dalam bilik VIP 1, pada 11.30 pagi, manakala seorang mangsa wanita, Kim Mei Kit, 32, dan mangsa lelaki, Jeffry Tan Yan Wei, 30, ditemui dalam bilik VIP 2 tidak lama kemudian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Syufaat Kamaron, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 10.19 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, sejurus tiba di lokasi anggota bomba dimaklumkan terdapat 11 orang berada dalam premis dua tingkat itu, namun lapan daripadanya sempat menyelamatkan diri.

“Tiga pelanggan terbabit gagal dikesan dan dipercayai terperangkap, sebelum mereka ditemui meninggal dunia di dalam dua bilik kenamaan tingkat bawah premis itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Syufaat berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

“Selepas disahkan oleh pengurus pusat karaoke itu tiada lagi mangsa operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Anggota bomba berdepan kesukaran untuk mencari mangsa disebabkan terdapat banyak bilik karaoke serta bilik rahsia dalam pusat hiburan itu,” katanya.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai mati akibat lemas di dalam asap dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya. FMT

Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker