Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]

Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]

JOHOR BAHRU: Walaupun diuji dugaan berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut-turut, seorang lelaki di sini, nekad berusaha menjual kerepek bagi pulang berhari raya ke Terengganu.

Nor Hakim yang menjual kerepek pelbagai perisa, rempeyek selain bawang goreng di parkir kawasan tumpuan berkata, usaha menjual kerepek dari kereta itu dilakukan sebagai usaha terakhir selepas wang simpanannya semakin menyusut.

“Saya sebelum ini bekerja sebagai mekanik di Singapura selama lima tahun namun dua minggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, perkhidmatan saya ditamatkan.

“Saya kemudian dapat kerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier baharu. Namun pada Disember lalu, perkhidmatan saya sekali lagi ditamatkan apabila syarikat itu menutup operasinya.

“Sejak itu, saya dan keluarga bertahan dengan wang simpanan selain saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuk buruh kasar.

“Namun saya tidak mahu berputus asa dan mahu menunaikan harapan isteri untuk pulang beraya dengan mula berniaga kerepek dari kereta di parkir kawasan awam sekitar bandar raya ini sejak awal Ramadan lalu,” katanya ketika ditemui.

Peniaga kecil, Mohd Nor Hakim Haim, 32, menunggu pelanggan di kawasan parkir di Pusat Komersial UDA, di Tampoi, Johor. Beliau nekad berusaha menjual kerepek dari keretanya bagi memastikan kerinduan isterinya untuk pulang berhari raya ke Chendering, Terengganu, dapat ditunaikan. – Foto NUR AISYAH MAZALAN

Mohd Nor Hakim berkata, beliau akan keluar seawal pagi bagi memulakan jualan di parkir awam di Pasar Taman Universiti sebelum beralih ke parkir awam Pusat Komersial UDA daripada jam 10 pagi hingga waktu Zuhur.

“Selepas solat Zuhur saya akan beralih ke kawasan parkir awam di Bazar Ramadan Kampung Pasir, Tampoi sehinggalah petang,” katanya.

Walaupun ketika mula berniaga awal Ramadan lalu, hanya satu paket kerepek dal berjaya dijual, namun berkat kesabarannya, semakin ramai yang membeli kerepek yang dijualnya.

“Saya bukan peniaga besar yang mampu menyewa bazar atau premis namun saya bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.

“Saya juga sedang dalam proses menjual rumah yang dibeli di bandar raya ini bagi melunaskan hutang. Duit baki jualan rumah itu akan saya gunakan untuk membina sebuah rumah di kampung saya di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat.

“Saya dan keluarga akan membina hidup baru di Senggarang dan mengusahakan kebun kelapa sawit tinggalan keluarga apabila urus niaga penjualan rumah di sini selesai,” katanya.-BH

Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker