Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa

Kementerian Sumber Manusia akan memohon pendakwaan dilakukan terhadap dua indvidu berprofil tinggi, yang merupakan bekas majikan kepada pembantu rumah warga warga Indonesia yang didakwa melakukan eksploitasi dan buruh paksa.

Bercakap kepada Malaysiakini, menterinya, M Saravanan berkata kedua-dua kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) untuk tujuan pendakwaan.

Dia berkata majikan yang terlibat merupakan individu berprofil tinggi iaitu seorang ‘Tan Sri’ dan seorang bekas pegawai tinggi polis.



Pada Januari lalu, Malaysiakini melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan dari kediaman majikannya di Kota Damansara dan berhasrat memfailkan saman terhadap majikannya itu kerana tidak dibayar gaji selama 12 tahun.

Dia akhirnya menerima bayaran lebih RM100,000 daripada Tan Sri berkenaaan. Individu berkenaan tidak boleh dinamakan pada masa ini atas sebab perundangan.

“Setakat ini kami telah merujuk dua kes ini kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita ada banyak kes lain tapi ini adalah yang menonjol yang akan membuka mata bagi orang lain,” kata Saravanan yang enggan mendedahkan lebih.



Saravanan berkata jika Peguam Negara memutuskan kes berkenaan boleh didakwa, identiti mereka akan didedahkan kepada umum.

Sementara itu Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mengalu-alukan berita mengenai keputusan menteri berkenaan sebagai respon terhadap isu yang turut dibangkitkan dalam pertemuan baru-baru ini.

“Kami senang melihat keghairahan menteri untuk meneliti setiap peringkat penguatkuasaan undang-undang termasuk peranan AG sebagai seorang pencegah (detterent),” katanya.

Bagaimanapun, dia menggesa penguatkuasaandilakukan terhadap semua kes tanpa tumpuan khusus diberikan terhadap kes berprofil tinggi.



Hermono berkata pembantu rumah sering tidak dibayar gaji oleh majikan yang merupakan satu elemen buruh paksa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker