Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi



Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella setiap hari hampir empat bulan.

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda berkata, kejadian itu berlaku setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

“Saya dan Aida (penghuni rumah itu) turut diarahkan Siti Bainun untuk memukul Bella,” katanya dipetik Bernama ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja 13 tahun itu.

Menceritakan sikap Bella ketika pertama kali berjumpa remaja itu, Yasmin berkata, Bella pada mulanya periang dan suka bercakap, tetapi berubah sikap apabila ternampak Siti Bainun.




“Bella takut sangat dengan Siti Bainun, sampaikan hendak keluar bilik pun dia takut-takut, kena tengok kiri kanan,” kata Yasmin.

Saksi pendakwaan kelima itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa beliau senasib dengan Bella.

Disoal peguam itu mengapa saksi tersebut tidak keluar dari Rumah Bonda, Yasmin menjawab: “Sebab Siti Bainun tidak benarkan”.

Sementara itu, Yasmin memberitahu mahkamah, terdapat juga penghuni lain yang didera Siti Bainun selain Bella, yang dikenali sebagai ‘Kakak Hidayah’.

Saksi itu mendedahkan perkara tersebut selepas tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa tiada kejadian seumpama Bella yang terjadi kepada penghuni Rumah Bonda lain mahupun anak angkat kepada pengasas rumah kebajikan itu.




Disoal Farhan, apa yang Siti Bainun lakukan kepada Kakak Hidayah, saksi itu menjawab: “Bila Kakak Hidayah tidak mendengar arahan Siti Bainun, Siti Bainun tidak membenarkan Kakak Hidayah memegang, melihat dan menyusukan anaknya.”

Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau inginkan layanan seperti puteri apabila tinggal di Rumah Bonda.

Menurut Yasmin, beliau perlu menjaga dan mengemas rumah kebajikan itu, selain ditugaskan untuk mengemas tempat tidur dan mengurut Siti Bainun serta menyusun baju pengasas rumah kebajikan itu.

Semasa disoal sama ada saksi itu menyayangi Siti Bainun, Yasmin menjawab: “Sayang”.

Bagaimanapun, Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam bahawa perasaan sayang itu semakin berkurangan.




Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. FMT

Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Leave a Reply

Your email address will not be published.