Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

LONDON  – Seorang wanita di  negeri Sabah,  Malaysia  berdepan keadaan kesihatan aneh berupa ‘tanduk’ yang tumbuh pada bahagian payudara kirinya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan laporan kes   dalam jurnal Annals of Medicine and Surgery, wanita berusia 63 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu doktor bahawa tanduk tersebut muncul secara tiba-tiba dua tahun lalu.

Ketika dia pergi ke hospital, ia semakin tumbuh dan telah membesar sepanjang 5 sentimeter serta turut berasa gatal.



Doktor-doktor  memberitahu bahawa dia menghidap masalah tanduk kulit  yang berlaku akibat pengumpulan keratin iaitu  protein yang terdapat dalam rambut, kulit dan kuku.

Mereka percaya  tanduk itu terhasil disebabkan oleh jangkitan pada kulit selepas beberapa ujian yang dilakukan mendapati anomali itu bukan kanser.

Pasukan doktor di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu melakukan  pembedahan untuk membuang tanduk tersebut dan pesakit berkenaan dilaporkan telah pulih.

Kelaziman berlakunya tanduk pada kulit tidak dapat diketahui, namun pasukan perubatan menyifatkannya sebagai ‘amat jarang’ berlaku.



Punca keadaan itu juga masih tidak jelas, namun saintis-saintis menemui hubung kait antara ketumbuhan  itu dengan radiasi dan pendedahan melampau kepada sinaran ultraungu (UV). – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita



Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker