Fahmi bidas Rafizi Ramli

Fahmi bidas Rafizi Ramli

Calon naib presiden PKR, Fahmi Fadzil berkata, tidak ada ruang untuk PKR atau Pakatan Harapan (PH) menyerah begitu sahaja dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU) akan datang.

“Secara peribadi, saya percaya dalam bersikap realistik kita juga perlu pragmatik (bersifat praktikal) bahawa kemenangan tidak datang begitu sahaja dan kekalahan juga takkan berlaku begitu sahaja.

“Kita menang atau kalah memang resepinya adalah perancangan, usaha dan ikhtiar,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas gesaan bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli agar gabungan itu bersikap realistik berhubung peluangnya dalam PRU15.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Rafizi berkata, adalah lebih baik bagi PKR dan PH berpuas hati untuk kekal sebagai “pembangkang yang bermaruah” berbanding menghebohkan keyakinan untuk menang dalam pilihan raya yang dijangka semakin hampir.

Menolak pandangan Rafizi itu, Fahmi yang juga pengarah komunikasi PKR yakin PH mampu menawan semula Putrajaya, namun ia bergantung kepada strategi dan ikhtiar gabungan itu untuk melangkah ke depan.

“Saya lihat ada satu keadaan, kita mungkin boleh menang (menawan semula Putrajaya) namun jumlahnya (kerusi Parlimen) bergantung kepada apakah usaha, ikhtiar dan strategi kita ke depan,” katanya.

Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden. Beliau kemudian dilantik sebagai naib presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Bagaimanapun Rafizi mengumumkan bersara daripada politik pada Disember 2019 kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan berkaitan teknologi.

Beliau kembali aktif dalam arena politik akhir-akhir ini selepas akar umbi mendesaknya membantu persiapan PKR untuk menghadapi PRU15.

Semalam, beliau mengesahkan akan mencabar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bagi merebut jawatan nombor dua parti dalam pemilihan bagi penggal 2022-2025 pada Mei ini. FMT

Fahmi bidas Rafizi Ramli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker