PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu

PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu

“Sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu, ditambah pula dengan jumlah sokongan yang ada, Perdana Menteri sekarang pun boleh ditukar.”

Namun, menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, bukan begitu sikap gabungan tersebut.

Kata Mohamad, selepas PH menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan, mereka akan terus menghormatinya.

Jelasnya, biarlah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menjadi Perdana Menteri dan terus buat kebaikan kepada rakyat sehinggalah pilihan raya akan datang sebagai membuktikan sikap terbuka diamalkan PH.

“Kalau sebelah kami salahkan sana, pihak sana salahkan sini, sebab lompat ini berlaku di kedua-dua belah pihak.

“Jadi nak berhentikan ini; inilah Malaysia baharu. Keluarga Malaysia baharu yang nak dikemukakan ini.

“Jangan bimbang, imej Malaysia akan kembali pulih selepas ini. Rakyat akan kembali percaya kepada sistem demokrasi Malaysia.

“Masalahnya sekarang, rakyat benci kepada parti politik, benci kepada wakil rakyat.

“Kita lihat apa berlaku, mereka (rakyat) enggan keluar mengundi dan saya yakin selepas pindaan ini, rakyat akan kembali yakin kepada sistem demokrasi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (no. 3) 2022 pada Isnin.

Tambah beliau, dalam isu lompat parti, yang perlu diberi perhatian adalah hak asasi pengundi dan bukannya menumpukan kepada hak asasi individu yang melompat.

“Saya diundi oleh 90,000 pengundi. Kalau saya lompat, itu hak asasi saya.

“Tapi 90,000 orang yang undi saya itu, saya nak letak mana hak mereka,” tegasnya.-AA

PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker