Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY



Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY

Peruncit barangan pembaikan rumah, Mr DIY Group (M) Bhd mengecam tindakan kakitangannya menolak seorang wanita yang mencari pekerjaan berdasarkan kaumnya.

Kenyataan itu menyusul seorang pengguna TikTok @itsbrownbarbie mendakwa seorang kakitangan Mr DIY cawangan Bangi di Selangor mendiskriminasi kaum India.

Katanya, insiden itu berlaku ketika adiknya mencari pekerjaan di cawangan Mr DIY terbabit.

“Saya dan adik saya ke kedai itu dan segera diberitahu bahawa pengurus Mr DIY tidak mahu mengambil orang India,” katanya dalam video tular itu.




“Jangan buat begini. Anda telah menyinggung perasaan orang hanya kerana mereka dilahirkan berkulit gelap.”

Mr DIY dalam kenyataan berkata, syarikat itu menjalankan siasatan dalaman dan menyeluruh serta-merta ke atas aduan berkenaan.

“Kami mengesahkan tingkah laku kakitangan itu. Ia didapati tidak boleh diterima dan melanggar dasar kami berhubung kepelbagaian serta keterangkuman.

“Tindakan sewajarnya sedang diambil untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ia telah menghubungi individu terbabit untuk menyuarakan kekesalan mereka atas kejadian itu dan memohon maaf kepadanya.




“Mr DIY ingin mengulangi kami tidak menerima sebarang tingkah laku yang melanggar dasar kepelbagaian serta keterangkuman kami dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencegah kejadian sedemikian pada masa depan.

“Kami adalah majikan peluang sama rata dan syarikat Malaysia yang membanggakan.” FMT

Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Leave a Reply

Your email address will not be published.