Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ



Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ

Seorang taikun dan pengarah MySJ Sdn Bhd membantah saman Hasrat Budi Sdn Bhd untuk menyingkirkannya daripada syarikat itu susulan pertikaian saham.

Shahril Shamsuddin menegaskan beliau dilantik sebagai pengarah MySJ pada 6 Dis 2021 berdasarkan resolusi syarikat itu.

“Berdasarkan afidavit plaintif (Pengarah Hasrat Budi, Heah Kok Boon), saya dinasihatkan peguam saya dan sesungguhnya percaya pelantikan saya sebagai pengarah MySJ adalah sah dan wajar, serta dilakukan dengan persetujuan plaintif.

“Ia dinafikan bahawa Hasrat Budi berhak mendapat relif yang dituntut dalam saman pemula untuk menyingkirkan saya sebagai pengarah MySJ,” katanya dalam afidavitnya.




Hasrat Budi memfailkan saman terhadap Entomo Malaysia Sdn Bhd, Revolusi Asia Sdn Bhd, MySJ dan tiga individu, iaitu Shahril, Raveenderen Ramamoothie serta Anuar Rozhan, berhubung pertikaian perjanjian pemegang saham pada Februari lalu.

MySJ, pada masa material, menjadi penerima tawaran daripada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan aplikasi MySejahtera.

Berdasarkan saman pemula itu, Hasrat Budi memohon deklarasi menurut Klausa 7.1.1 perjanjian pemegang saham antara plaintif dan Entomo Malaysia, Revolusi Asia serta Raveenderen bertarikh 27 Ogos 2021, lembaga pengarah MySJ harus terdiri daripada Raveenderen, pengarah bebas yang memenuhi butiran dalam kriteria penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan seorang wakil daripada Hasrat Budi.

Hasrat Budi turut memohon penyingkiran Anuar dan Shahril sebagai pengarah MySJ serta melantik Raveenderen sebagai pengarah MySJ.

Sementara itu, Raveenderen memfailkan afidavit untuk menyokong Anuar kekal sebagai pengarah.




“Saya menegaskan bahawa perkara yang difikirkan kemudian ini sekadar cubaan Hasrat Budi bagi mewajarkan cubaan mereka untuk berundur daripada pendirian asalnya dalam menerima Anuar sebagai pengarah.

“Sehingga tindakan ini difailkan, plaintif tidak pernah mencabar kedudukan Anuar sebagai pengarah, oleh itu mereka tidak boleh mendesak Anuar disingkirkan.”

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Hasrat Budi untuk menyingkirkan Shahril dan Anuar pada 9 Jun ini. FMT

Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Leave a Reply

Your email address will not be published.