Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]



Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]

SEORANG lelaki telah ‘menetap’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama lebih daripada sedekad, malah dia juga tidak berhasrat untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Lelaki bernama Wei Jianguo yang berusia lewat 50-an itu meninggalkan rumah pada 2008 selepas keluarganya memberi ‘kata dua’ agar dia berhenti untuk mengambil alkohol dan merokok.

“Saya tidak boleh pulang ke rumah kerana tiada kebebasan di sana.

“Keluarga saya memberitahu saya, jika mahu tinggal di rumah, saya perlu berhenti merokok dan minum.




“Jika saya tidak dapat berbuat demikian, saya terpaksa memberi mereka semua elaun kerajaan bulanan saya sebanyak 1,000 yuan (RM630). Tetapi bagaimana saya hendak membeli rokok dan alkohol saya?,” kata Jianguo.

Sejak itu, dia memilih untuk bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang mempunyai tiga terminal.

Dia mengakui suka tinggal di lapangan terbang kerana boleh minum dan makan sesuka hati.

Jianguo telah bekerja di sebuah kilang enjin selama 20 tahun.

Dia berkata dia diberhentikan kerja pada usia 40-an kerana ‘terlalu tua’. – Daily Mail




VIDEO DIBAWAH:-

Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Leave a Reply

Your email address will not be published.