Resepi daging paprik merecik

Resepi daging paprik merecik

MASAKAN paprik memang sedap! Tidak kiralah guna daging, ayam atau makanan laut.

Kuahnya yang berperisa dan separa pekat dicampur pula dengan pelbagai sayur-sayuran ternyata menjadi pelengkap. hidangan. Makan acap kali pun tak terasa muak!



Pedas, masam dan aroma lazat dari daun limau purut adalah sebab masakan paprik menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama.

Selain itu, ia mudah, sedap dan cepat untuk disediakan.

Bahan-bahannya;

Daging/ayam/udang/sotong
2 biji bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah dipotong
1 bungkus jagung dipotong
1/2 biji lada benggala dipotong



Sedikit bunga kobis
Daun limau purut
Sos cili
Sos tiram
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya;

1. Pastikan daging direbus dahulu dan dihiris nipis ikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili kisar hingga naik bau. Masukkan daging.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram ikut bahan sedia ada dalam kuali.
4. Tuangkan sedikit air dan boleh masukkan semua sayuran serta daun limau purut untuk tambah aroma masakan.
5. Apabila kelihatan menggelegak, boleh masukkan sedikit garam dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!



Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Resepi daging paprik merecik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)



Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker