Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir

SHAH ALAM – Hasrat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi lebih kepada kepentingan peribadi bukan untuk rakyat dan negara.

Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Muhyiddin sebagai terdesak kerana mahu menyelamatkan projek-projek beliau yang mungkin telah dibatalkan oleh kerajaan sedia ada.

Tambahnya, malah, beliau menganggap Muhyiddin sebagai seorang individu yang tidak mempunyai maruah kerana sanggup meminta sokongan daripada individu yang pernah dikhianati sebelum ini.

Mohamed Nazri mengakui sangat terkejut apabila mendapat tahu Muhyiddin sanggup berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta sokongan untuk kembali menjadi Perdana Menteri.



“Muhyiddin ini terbukti muka tebal sebab sanggup pergi minta sokongan daripada Tun Mahathir yang pernah beliau khianati sebelum ini untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Pada saya perbuatan Muhyiddin ini adalah sangat tidak normal kerana bagi manusia biasa yang mempunyai maruah dan integriti adalah sukar untuk melakukan perkara ini,“ katanya pada Ahad.

Pada Jumaat, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir mendakwa Muhyiddin bertemu beliau untuk mendapatkan sokongan dalam usahanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri juga menjangkakan hasrat Muhyiddin untuk kembali menjadi Perdana Menteri akan gagal kerana tindakan itu dibuat atas kepentingan peribadi bukan demi rakyat.



“Kalau Muhyiddin dan parti-parti pembangkang yang lain bergabung dan mahu mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka rasa lebih bagus mungkin akan dimakbulkan Tuhan.

“Tetapi kalau nak jatuhkan UMNO yang merupakan parti keramat atas sebab kepentingan peribadi, kerana nak selamatkan projek seperti Digital Nasional Berhad, saya rasa ianya akan gagal.

“Dan saya pelik juga sebab sebelum ini, masa Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, Muhyiddin acapkali ulang beliau tidak berhasrat nak jadi Perdana Menteri tetapi pergi minta sokongan pihak lain untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, ini nak kata tidak ada hasrat atau macam mana?” soal beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker