Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Ayam masak merah ini sememangnya sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita cuba masak sendiri, rasa tak sama macam makan di kenduri.

Kalau teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri tu, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di bawah. Menurutnya, menu ini dipelajari dengan arwah ibunya dahulu.

Bahan utama:

Ayam 1 ekor
Kunyit
Garam
Bahan kisar:
Cili kering 2 genggam (rebus dulu)
Bawang besar 1 ½ biji
Bawang putih 6-7 ulas
Halia setengah ibu jari
Belacan setengah ibu jari
Buah tomato saiz besar 2 biji




Bahan tumis:

3 sekawan
Bawang besar sebiji (hiris)
1-2 batang serai (titikkan)
4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)

Cara-cara memasak:

Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Cedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
Tumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.
Tumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.
Agak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.
Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.
Kemudain tuangkan sesenduk susu cair.
Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.
Bila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.
Taburkan hirisan bawang besar.
Kecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.

Siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba.




Kredit: Nor Haidah Md Said

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Leave a Reply

Your email address will not be published.