Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan

SHAH ALAM – Apabila cadangan kerajaan menyelamatkan syarikat perkhidmatan minyak dan gas, Sapura Energy Berhad yang kini mengalami krisis kewangan tenat, dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai pihak skeptikal terhadap idea itu.

Lebih-lebih lagi setelah pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli turut tampil menyatakan lebih baik kerajaan menggunakan dana itu untuk membantu rakyat.

Alasan Rafizi yang baru mengumumkan kemunculan semula beliau dalam dunia politik baru-baru ini adalah langkah menyelamatkan Sapura Energy hanya akan menguntungkan golongan elit dan tidak adil untuk kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk firma itu pada saat kedudukan perniagaan dan nasib pekerja di seluruh negara sedang berdepan tempoh sukar.

Sebelum itu, Najib mencadangkan dua langkah terbaik untuk membantu Sapura Energy iaitu dengan pemegang saham terbesar syarikat itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) memberi pinjaman mudah atau memohon kerajaan menjamin pinjaman tersebut.

Ataupun yang kedua adalah dengan mengarahkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) atau Khazanah Berhad untuk mengambil alih syarikat yang kini menanggung liabiliti keseluruhan RM16 bilion itu.

KEJATUHAN HARGA MINYAK

Cadangan ‘penyelamatan Sapura’ oleh Najib itu nampaknya turut dipersetujui Ketua Penasihat Jabatan Perniagaan Syariah, Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM), Dr Razli Ramli.

Beliau berpendapat Sapura Energy perlu diselamatkan atas faktor reputasi besar syarikat itu yang diiktiraf antara syarikat perkhidmatan petroleum terbaik dunia selain kepakaran dimiliki kakitangannya.

Jelas beliau, faktor utama kejatuhan syarikat itu tidak boleh dibebankan sepenuhnya atas kelemahan pengurusan tertinggi memandangkan krisis kejatuhan mendadak harga minyak mentah Brent dunia pada tahun 2015 dan 2018 juga memberi kesan langsung.

 

Dr Razli Ramli
Dr Razli Ramli

 

“Ya, tidak dinafikan Sapura Energy berdepan masalah pengurusan tidak cekap dan bermasalah dengan krisis keyakinan terhadap syarikat itu semakin memuncak setelah bekas ketua pegawai eksekutifnya diberikan bayaran pampasan gaji terlalu tinggi.

“Namun kalau kita lihat balik dari sudut sumbangan dan pencapaian Sapura Energy di peringkat antarabangsa, namanya sudah gah di persada dunia dan mempunyai rating perkhidmatan tinggi.

“Sekiranya Sapura Energy dilupuskan, kita akan kehilangan satu syarikat bumiputera yang penuh dengan pengalaman dan kisah kejayaan luar biasa,” katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Tambah Razli lagi, perkara penting perlu dilakukan oleh entiti kerajaan yang bakal mengambil alih Sapura Energy kelak adalah dengan menstruktur semula organisasi pentadbiran syarikat dan meletakkan pemimpin yang ada nilai tinggi, kredibiliti, akauntabiliti dan integriti di tempat sepatutnya.

“Saya nampak kebanyakan syarikat berkaitan kerajaan atau berkepentingan kerajaan berdepan masalah kelemahan urus tadbir korporat yang tidak telus. Kita boleh lihat senario sama berlaku terhadap Kumpulan Serba Dinamik Holdings Berhad ketika ini.

“Saya fikir perkara ini perlu diperbaiki sepenuhnya dengan entiti kerajaan yang bakal mengambil alih Sapura Energy, perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memantau operasi syarikat itu secara keseluruhan. Ini penting bagi membolehkan pengurusan kembali efektif dan berdaya saing,” ujarnya.

 

DILINDUNGI DARIPADA MUFLIS

Sementara itu, pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, pengambilalihan itu perlu dilakukan kerana majoriti pemegang saham pengurus unit amanah PNB, telah jelas menunjukkan mereka kekurangan pengalaman melabur dalam sektor minyak dan gas.

Beliau berkata, Sapura mesti dilindungi daripada muflis kerana ia telah memperoleh banyak teknologi baharu dan mempunyai kontrak dan operasi antarabangsa di lebih 20 negara.

 

Dr Barjoyai Bardai
Dr Barjoyai Bardai

 

“Bagaimanapun, saya tidak nampak kewajaran Petronas mengambil alih Sapura Energy kerana syarikat petroleum negara itu juga merupakan pelanggan terbesar Sapura dan langkah itu pastinya akan mewujudkan konflik berkepentingan.

“Selain itu, Petronas masih memerlukan perkhidmatan Sapura untuk projeknya dengan syarikat itu mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai sektor itu.

“Berikutan itu, Sapura Energy perlu diambil alih oleh entiti kerajaan lain dengan Khazanah Nasional Bhd adalah calon terbaik,” tegas Barjoyai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker