MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM

MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM

Ahli Parlimen Sri Aman dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Masir Kujat mengumumkan keluar parti pembangkang serta-merta, dan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dia akan kekal sebagai wakil rakyat bebas buat masa ini memandangkan pengggal Parlimen semasa akan tamat dalam setahun lagi.

Dengan keputusan itu, dia berharap kerajaan akan menyalurkan peruntukan setara kepadanya, seperti yang dinikmati oleh ahli parlimen kerajaan lain.

“Saya keluar Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang merupakan parti komponen parti pemerintah GPS, dan saya menyertai PSB pada 2019. Sejak itu, saya mempunyai sumber dana yang terhad untuk menjaga pembangunan di kawasan saya.

“Jadi, saya harap dengan status bebas dan menyokong kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri, saya berharap diberikan sedikit peruntukan untuk satu tahun ke depan ini untuk (saya) berkhidmat di kawasan saya, mungkin dalam RM1 juta ke RM2 juta,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penyokong akar umbi di kawasan saya dan juga ketidakstabilan politik di negara ini yang jelas menjejaskan ekonomi negara dan pembangunan – itu antara faktornya (saya keluar).

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara,” katanya lagi.

Malaysiakini sudah cuba menghubungi presiden PSB, Wong Soon Koh untuk mendapatkan ulasannya.

Dengan langkah Masir itu, PSB kini hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu wakil Selangau, Baru Bian.

Pada Mac 2019, Masir telah keluar dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menyertai PSB.

Sebelum ini, semasa Langkah Sheraton, Masir pada mulanya mengisytiharkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Namun, PSB kemudian mengarahkannya untuk mengikuti ketetapan parti dan menyokong Dr Mahathir Mohamad, dan dirinya kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Buat masa ini, pentadbiran Ismail Sabri menikmati sokongan daripada 115 ahli parlimen. Mk

MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker