Hamzah patut tanya AbahKau kenapa ponteng parlimen

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin sepatutnya bertanya kepada ahli-ahli parlimen daripada partinya sendiri yang tidak mengambil bahagian dalam undi belah bahagi berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) minggu lalu.

Setiausaha Agung BN yang juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, Hamzah tidak sepatutnya menyalahkan ahli parlimen daripada Umno kerana sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad berkata dia tidak hadir kerana difahamkan tidak ada pengundian dibuat manakala Ahli Parlimen Pekan Najib Razak pada masa itu mempunyai urusan mahkamah.



“Hamzah perlu ta­nya, mana pergi Tan Sri Muh­yiddin Yassin? Alor Gajah (Redzuan Md Yusof) mana? Kalau dua orang ini ada, menang dah lah. Jadi salahkanlah Bersatu, kenapa nak salahkan Umno?” katanya.

Dua hari selepas undi belah bahagi pada 23 Mac lalu, Hamzah meluahkan rasa kecewanya terhadap beberapa ahli parlimen kerajaan berhubung kegagalan meluluskan usul untuk melanjutkan penguatkuasaan salah satu subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat.

Menjelaskan hal berkenaan, bekas ahli parlimen Umno yang menyertai Bersatu itu berkata: “Sebab mereka tak suka tengok muka saya.”

Hamzah berkata, ahli parlimen yang dimaksudkannya itu hadir semasa perbahasan usul tetapi tidak hadir semasa semasa undi belah bahagi dijalankan, menyebabkan blok kerajaan hanya mendapat 85 undi berbanding 86 undi diperoleh pembangkang.



Ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang menyaksikan usul kerajaan di parlimen telah ditolak.

Berdasarkan Hansard, seramai 50 ahli parlimen tidak hadir semasa pengundian dibuat. Daripada jumlah itu, seramai 13 ahli parlimen daripada BN dan 13 lagi ahli parlimen daripada Perikatan Nasional direkodkan tidak hadir.

Usul yang dikemukakan Hamzah bagi meminta keluluskan parlimen melanjutkan penahanan 28 hari di bawah Sosma tanpa perbicaraan selama lima tahun lagi.

Pada masa ini, peruntukan yang membenarkan penahanan tanpa bicara itu akan berakhir pada 31 Julai.



Hamzah sebelum ini berkata, dia akan membentangkan semula usul berkenaan di Dewan Rakyat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker