Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau

Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membiayai kos pembinaan semula lima lot gerai yang musnah akibat kebakaran di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru, Jumaat lalu.

Berita gembira itu disampaikan sendiri Sultan Ibrahim yang turut berkenan berangkat melawat kawasan kejadian itu hari ini.

Sultan Johor juga sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu mangsa-mangsa kebakaran di Felda Ulu Tebrau itu.

Titah Sultan Ibrahim, baginda sendiri yang akan merekabentuk gerai terbabit dengan kos pembinaan semula gerai-gerai terjejas dibiayai Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim turut menitahkan wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong untuk melawat lokasi kejadian serta menilai beberapa perkara bagi memulakan pembinaan semula gerai dengan segera.

“Gerai-gerai ini merupakan tempat mereka mencari rezeki demi keluarga masing-masing. Saya akan biayai sepenuhnya kos pembinaan semula gerai.

“Saya sendiri akan buat rekabentuk gerai di mana, amat selesa jika dilengkapi dengan tandas dan dapur serta pendawaian elektrik yang selamat,” titah Sultan Johor dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Titah Sultan Johor itu disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh peniaga-peniaga yang terjejas serta penduduk setempat.

Dalam kejadian kebakaran Jumaat lalu itu, ia memusnahkan tiga kedai makan, dan masing-masing sebuah kedai menjual peralatan tulis serta kedai basikal.

Sementara itu, peniaga makanan char kuetiau, Mohd. Razif Amat, berkata beliau mula berniaga sejak 2014 dan ketika kejadian dia berada di rumahnya.

“Gerai ini saya sewa bersama Pertubuhan Peneroka Rancangan (PPR), namun amat sedih apabila ia musnah dalam kebakaran.

“Saya langsung tidak sangka keberangkatan Sultan Johor pada hari ini akan membawa satu khabar baik serta rezeki buat kami semua yang terjejas.

“Terima Kasih Tuanku. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih. Moga Tuanku Sultan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur,” katanya. Utv

Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker