Rider Foodpanda digantung kerja

Rider Foodpanda digantung kerja

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menghantar memo­randum bantahan kepada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing semalam kerana tertekan selepas ahlinya digantung kerja tanpa alasan kukuh.

Difahamkan, kira-kira 100 penghantar makanan sebuah syarikat digantung 10 hari di seluruh Malaysia sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Penghantar makanan, Mohamad Firdaus Mohamad Rosli, 39, berkata, tindakan itu mengejutkan dan dianggap tidak wajar kerana mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Melalui skema bayaran terbaharu telah dijelaskan rider boleh membuat keputusan untuk me­nerima atau menolak pesanan.

“Namun, apabila ada penghantar yang berbuat demikian, tahap batch kami semakin jatuh sete­rusnya menjejaskan kerja kerana perlu mengejar lebih banyak pesanan,” katanya ketika ditemui. Turut hadir Presiden Penghantar, Muhammad Zulhelmi Mansor.

Sementara itu, Amar Firdaus, 30, pula berkata, penghantar makanan yang berkhidmat selama enam tahun menjelaskan faktor mereka menolak pesanan kerana jarak terlalu jauh sehingga mencecah 15 kilometer (km).

“Jarak itu tidak sepadan de­ngan bayaran batch ditetapkan iaitu RM4.30. Jika kita ambil pesanan, anggaran kenaikan RM4.70 bagi rider batch 4.

“Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana kita meredah trafik tanpa mengira cuaca bagi mengelak digantung,” ujarnya.

Imam Ilyas berharap sistem dan kadar bayaran yang telus dan jelas dilaksanakan supaya tidak mengelirukan penghantar makanan.

Muhammad Zulhelmi pula berkata, isu tersebut perlu di­selesaikan dengan kadar segera.

Katanya, kajian dan penelitian semula radius zon operasi perlu dilaksanakan selain mencadangkan jarak maksimum ditetapkan kepada 4km.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan daripada wakil syarikat Foodpanda Sdn. Bhd tidak berhasil kerana panggilan tidak dijawab.
K Online

Rider Foodpanda digantung kerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker