Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’

Bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador berkata bahawa dia memilih cabang Gombak untuk bertanding pada pemilihan parti yang akan datang kerana ia merupakan “kubu pengkhianat”.

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Farhash yang disebut-sebut akan mencabar Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari berkata bahawa Gombak masih mempunyai “anasir-anasir pengkhianat” yang perlu dibersihkan.

“Gombak adalah kubu pengkhianat yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh sekali gus menggagalkan usaha mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri.



“Saya tegaskan tujuan saya ke Gombak adalah untuk membersihkan parti dari pengkhianat, memperkukuhkan parti dan membawa agenda reformasi.

“Saya fikir sudah masanya saya berkorban untuk membawa parti ke satu tahap yang lebih baik selain mengangkat Anwar sebagai perdana menteri. Saya cukup terluka dan tidak boleh terima dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh (Mohamed) Azmin (Ali), Hilman (Idham) dan konco-konconya.

“Memang benar saya sudah cukup selesa di Perak. Saya boleh pilih di kawasan yang berpotensi untuk menang tetapi biarlah saya serahkan kembali kepada pimpinan di negeri Perak,” katanya.

Farhash sebelum ini mengundur diri sebagai pengerusi PKR negeri Perak agar boleh bertanding di Gombak, Selangor.



Khianat yang dimaksudkan Farhash merujuk tindakan ahli-ahli parlimen PKR – diketuai bekas timbalan presidennya – Azmin Ali yang meninggalkan parti ketika berlaku krisis politik ‘Langkah Sheraton’ pada Feb 2020.

Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak mewakili PKR sejak 2008 sebelum menyertai parti Bersatu.

Ketika ditanya adakah Farhash akan mencabar Amirudin untuk jawatan ketua cabang dalam pemilihan parti, dia membalas bahawa ia adalah proses pemilihan yang dijalankan secara demokrasi.

“Saya tegaskan matlamat utama saya masuk ke Gombak bukan bertujuan untuk menjadi ketua cabang Gombak melalui pemilihan parti.



“Seperti yang saya jelaskan kepada anggota PKR cabang Gombak bahawa keputusan untuk saya bertanding apa-apa jawatan diputuskan oleh ‘Syura’ (suara majoriti penyokong Farhash) di kalangan anggota cabang Gombak sendiri.

“Saya menerima apa-apa keputusan yang akan ditentukan kemudian. Jika mereka buat keputusan untuk saya bertanding atau tidak, saya akan terima. Paling penting adalah diri saya berada di Gombak,” katanya.

Sedia berunding dengan Amirudin

Bagaimanapun, kata Farhash, dia tidak akan menolak bertanding jawatan ketua cabang sekiranya keputusan ‘syura’ memutuskan sedemikian.



“Saya menganggap ini adalah amalan demokrasi parti yang melalui proses pemilihan untuk memilih individu tertentu diangkat sebagai pemimpin di peringkat cabang dan pusat.

“Seharusnya semua pihak menerima perkara ini sebagai proses amalan demokrasi yang sihat,” katanya.

Namun, katanya dia juga masih terbuka berunding sekiranya Amirudin sedia berbuat demikian.

‘Saya bukan orang luar’



Sementara itu, Farhash menyangkal dakwaan bahawa dia orang luar yang datang ke Gombak untuk memecah belahkan parti di sana.

“Saya bukan orang luar Selangor seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Saya tinggal di Selangor sejak kecil, rumah saya di Selangor.

“Keluarga saya semuanya di Selangor cuma saya dilahirkan di Ipoh sebab emak saya orang Kuala Kangsar. Mudah bagi emak saya hendak berpantang di kampung.

“Saya cuma pernah bersekolah di Kuala Kangsar sekejap. Emak saya suruh saya tinggal dengan nenek bagi menghadapi peperiksaan besar. Saya dulu sewaktu kecil agak nakal jadi emak saya risau keadaan saya. Alhamdulillah, saya berjaya.



“Dari segi politik, asalnya saya dari cabang Petaling Jaya sebelum saya diminta berpindah ke cabang Kuala Kangsar, menjadi Ketua Cabang Kuala Kangsar seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak.

“Saya pernah beritahu kepada rakan-rakan bahawa saya bersetuju untuk diletakkan di negeri Perak selama satu penggal sahaja dan sekarang penggal tersebut sudah berakhir jadi saya buat keputusan untuk kembali ke Selangor,” katanya.

PKR mengadakan pemilihan parti pada Mei, sementara penamaan calon diadakan pada April ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker