Kisah sukses dua jutawan wanita

Kisah sukses dua jutawan wanita

“SETIAP orang ada peluang untuk berjaya. Apa yang membezakannya adalah bagaimana kita menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan dan gunakannya untuk jadi apa yang kita nak jadi.”

Itulah kata-kata yang masih tersemat di minda Kartika Wati Mohamed.



Kartika Wati yang juga merupakan Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) menyatakan, untaian kata-kata tersebut dilontar oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika dirinya mengikuti program bimbingan keusahawanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

“Saya boleh sifatkan kata-kata inilah yang telah merubah perjalanan Eskayvie pada hari ini,” katanya yang merupakan peserta program eksklusif Titanium RichWorks.

Baru-baru ini, Kartika Wati telah menerima anugerah Titanium Grandeur Award pada Majlis Makan Malam dan Program Titanium Gala Awards di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tambah Kartika Wati, hasil bimbingan dan tunjuk ajar disampaikan Azizan juga telah membantu syarikatnya mencatatkan jualan tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM96.7 juta.



Kartika Wati menegaskan, sepanjang 11 tahun Eskayvie ditubuhkan, dia telah berhadapan pelbagai cabaran dan dugaan.

Malah, pada tahun 2016, dia pernah memikirkan keputusan untuk menutup operasi Eskayvie kerana jualan produk makanan kesihatan yang dihasilkan oleh syarikatnya tidak begitu baik.

“Salah seorang pekerja saya kemudian menasihati saya untuk mengikuti program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran RichWorks.

“Pada mulanya saya berasa malu untuk mengikuti program tersebut kerana merasakan diri telah lama berniaga dan kenapa perlu belajar lagi?



“Namun, setelah mengikutinya, saya sedari bahawa ilmu keusahawanan yang ada pada diri masih kurang,” akuinya.

Dalam pada itu, Kartika Wati menjelaskan, krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia ternyata memberi cabaran buatnya.

“Saya rasa lost dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan apabila premis perniagaan diarahkan tutup bagi menghalang penularan pandemik Covid-19 pada waktu itu.

“Saya rasa down selama tiga hari memikirkan apa strategi yang harus dilakukan kerana saya mempunyai lebih 350 pekerja yang membuat jualan,” jelasnya.



Namun, dalam keadaan itu, RichWorks tidak membiarkannya terkapai-kapai seorang diri, malah dia telah diberikan panduan tentang apa tindakan yang perlu dilakukannya.

Antara tindakan yang harus dilakukan oleh Kartika Wati adalah dengan melakukan pemasaran secara agresif melalui pelbagai medium.

“Ketika itu juga saya telah melakukan latihan agresif dengan pekerja selama tiga bulan tanpa henti.

“Selain itu, kita juga telah melantik duta untuk memperkenalkan lagi produk kepada pengguna. Sepanjang lebih sedekad beroperasi kita tidak pernah melantik duta tetapi pada tahun 2020 kita memilih untuk melantik duta produk,” katanya.



Tambah Kartika Wati, dia juga menambah bilangan billboard (papan iklan) Eskayvie di seluruh negara.

Hasilnya, Eskayvie telah berjaya mencatatkan jualan tertinggi pada tahun lalu.

Menariknya juga, ketika syarikat lain terpaksa membuang sebilangan pekerja kerana pandemik Covid-19, ia tidak bagi Kartika Wati di mana dia mengambil lebih ramai pekerja bagi membantunya.

Kartika Wati juga menjelaskan bahawa ilmu yang diperoleh daripada program itu adalah bersifat holistik.



“Saya didedahkan dengan cara bagaimana untuk memastikan syarikat untuk terus bertahan dan berkembang. Selain itu, saya juga diajar cara menguruskan kewangan dengan baik.

“Ia banyak membantu perkembangan peribadi diri saya dari segi cara berfikir dan membuat keputusan yang betul,” kongsinya.

Sementara itu, Nur Hidayati Ahmad Barudin, 34, juga merupakan salah seorang peserta eksklusif Titanium yang mencatatkan peningkatan jualan setelah mendapat bimbingan RichWorks.

Dia yang merupakan pengasas ENUUR telah memilih untuk menjual produk al-Quran tagging. Produk tersebut merujuk kepada naskhah al-Quran yang telah disiapkan tag pengisian seperti doa dan sebagainya.

“Al-Quran tagging ini memudahkan orang untuk membacanya. Di dalam al-Quran ini, kami telah highlight ayat-ayat penting seperti doa murah rezeki, mendapatkan zuriat dan lain-lain lagi.

“Alhamdulillah sambutan yang kami terima luar biasa sekali,” jelasnya.

Kongsinya, hasil jualan produk al-Quran bertag itu pada tahun 2021 adalah sebanyak RM12.3 juta.

Nur Hidayati menjelaskan, dia mula terlibat dalam bidang perniagaan pada tahun 2015 dengan menjadi ejen dropship jualan buku secara online.

“Pada ketika itu, saya hanya main redah dalam perniagaan sebelum memilih untuk menyertai program bimbingan RichWorks.

“Menerusinya, kami didedahkan untuk fokus kepada satu produk sahaja, lalu saya mengambil keputusan untuk fokus menjual al-Quran,” ujarnya yang menyertai program eksklusif Titanium pada penghujung tahun 2020.

Program tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan jualannya bahkan mengubah dirinya dalam pelaksanaan bisnes.

Dedahnya yang mempunyai ejen-ejen dropship, sebelum ini, dia seorang introvert dan tidak suka ke depan sehingga tiada ejen dropshipnya yang pernah mengenali dirinya dan semua komunikasi dibuat menerusi WhatsApp.

Tetapi, kini dia sudah mengatasi masalah itu dengan banyak membuat live di media sosial selain sesi Zoom bersama ejen-ejen dropshipnya.

“Saya mula sedar bahawa diri ini kena berubah dan lebih berani untuk berjaya.

“Setelah menyertai program ini jualan saya juga meningkat berbanding tahun sebelumnya. Melalui program ini saya dapat bimbingan secara terus dengan Azizan dan beliau banyak membantu memberi garis panduan agar saya tidak salah membuat keputusan,” katanya.

Nur Hidayati menjelaskan, bimbingan disampaikan RichWorks bersifat menyeluruh dan tidak fokus kepada aspek pemasaran semata-mata.

“Program ini telah membetulkan diri dan minda kita untuk berniaga. Selain itu, ia menyedarkan kita bahawa sasaran lebih besar perlu dalam melakukan perniagaan.

“Sebagai contoh, menjual al-Quran bukan kerana duit semata-mata. Malah, juga dapat membantu orang lain menjana pendapatan dan dalam masa sama menjadi satu dakwah membantu lebih ramai orang membaca al-Quran,” jelasnya.

Tambahnya, apabila dapat membantu lebih ramai membaca al-Quran seseorang itu akan mendapat pahala dan keberkatan berpanjangan. K Online

Kisah sukses dua jutawan wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Kisah sukses dua jutawan wanita

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker