Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
Bekas ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam telah memohon maaf dan menyatakan rasa kekesalan berhubung kenyataannya terhadap Ketua Hakim Syarie Mohd Na’im Mokhtar.
Ini adalah sebahagian daripada penyelesaian di luar mahkamah hari ini bagi kes saman fitnah Na’im terhadap Lokman berhubung hantarannya di Facebook dan YouTube yang mendakwa berlaku gangguan seksual terhadap beberapa wanita.
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, peguam bagi kedua-dua plaintif dan defendan mengesahkan penghakiman persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rozana Ali Yusoff.
Peguam Lokman, Logen Eskander mengesahkan anak guamnya memohon maaf dan menyatakan kekesalan kepada Na’im sebagai sebahagian daripada penyelesaian tindakan sivil itu.
Lokman berkata kenyataan yang didakwa itu timbul kerana ‘maklumat yang salah’. Terma dan syarat perintah lain itu tidak boleh didedahkan seperti yang dipersetujui oleh kedua-duapihak,” kata peguam itu.
Peguam Na’im Akberdin Abdul Kader turut mengesahkan penyelesaian tindakan sivil itu, yang antaranya membabitkan defendan membuat permohonan maaf dan menyatakan kekesalan dalam perkara tersebut.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga memerintahkan pemimpin Umno itu supaya memadam semua hantaran berunsur fitnah membabitkan Mohd Na’im berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube miliknya dalam tempoh 24 jam.
Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Jan lalu, Mohd Na’im selaku plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman dan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Mohd Na’im, 54, memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menamakan Lokman, 49, bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang ‘Datin.’
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Jan dan 13 Jan lalu.
Mohd Na’im mendakwa defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lalu.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Menurut plaintif, satu laporan polis telah dibuat pada 12 Dis tahun lalu bagi menafikan dakwaan dan tuduhan palsu Datin terbabit terhadapnya dan beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Lokman agar pihak polis membuat siasatan berhubung tindakan defendan.
Pada 12 Jan lalu, polis mengesahkan seorang hakim kanan yang didakwa mencabul kehormatan seorang wanita yang sudah berkahwin dengan berbaring dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidurnya telah membuat laporan polis balas terhadap penuduhnya.
Hakim itu mendakwa wanita berkenaan membuat laporan polis palsu terhadapnya.
Mk
Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri