Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya

Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya

Kecoh diperkatakan mengenai babak panas yang dilakonkan Zul Ariffin bersama seorang pelakon wanita baharu. Ramai yang terkejut dan mengkritik babak sebegitu yang dikatakan tidak patut ada dalam drama Melayu tempatan.

Zul Yahya yang pernah membintangi drama Papaya suatu ketika dulu turut memberikan pendapatnya mengenai isu itu.

Jelasnya, karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah-olah tak ada otak apabila mempertontonkan aksi begitu kepada masyarakat Islam.

Tambahnya lagi, semakin tua sepatutnya kita semakin dekat dengan kehidupan di kubur namun sebaliknya berlaku apabila seolah-olah berbangga menunjukkan cara-cara berzina kepada umum.

Dalam pada itu, bekas pelakon ini turut memohon orang ramai memadam dan berhenti menyebarkan babak lucah lakonan Zul Ariffin.

Jangan kita jadi sebahagian yang menyebarkan adegan berzina dan perkara-perkara maksiat yang lain. Si pelaku untung, kita rugi. Promosi murahan! Boikot!

Katanya, sesiapa yang berkongsi video itu secara tidak langsung telah mempromosikan adegan zina. Beliau bimbang anak-anak remaja akan terkesan dan terpengaruh. OM

Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker