Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi

Khairuddin Aman Razali berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kuala Nerus susulan langkahnya untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Sebaliknya Khairuddin menegaskan dia akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 lalu.

Menurutnya, oleh sebab itu juga dia mengambil pendirian untuk menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada PAS sepanjang penggal ini sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding sebagai calon PAS pada PRU lalu.

“Oleh kerana Parlimen telah berada di penghujungnya, maka ijtihad saya adalah perlu kekal menjadi ahli parlimen dan untuk itu saya memulangkan semua elaun yang saya nikmati sebagai ahli parlimen kepada PAS.

“Saya (akan) berkerja tanpa elaun dan gaji bagi menyelesaikan tugasan sebagai ahli parlimen sehingga penggal habis untuk memastikan peruntukan untuk rakyat dapat disampaikan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Kenapa saya berhenti PAS, di Bernama TV malam tadi.

Dalam sidang media semalam, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dan berkata telah mengemukakannya kepada setiausaha agung parti, Takiyuddin Hassan

Tidak lama kemudian, Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan semula ikrar baiah yang dilafazkan semua calon PAS dalam pilihan raya, yang antara lain menyebut keperluan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun jika keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata dia bersedia untuk meletakkan jawatan jika Parlimen membenarkan pertandingan bagi memilih wakil rakyat yang baru diadakan segera.

“(Namun) kalau saya letak jawatan sekarang maka siapa yang akan berkhidmat untuk rakyat dalam tempoh setahun ini?

“Saya menang dengan undi daripada ahli PAS, undi daripada atas pagar, dan sebahagiannya daripada Umno, itu kemenangan yang saya kecapi. Saya perlu berkhidmat untuk mereka yang mengundi saya,” katanya lagi.

Mengulas pelawaan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa untuknya menyertai Umno, Khairuddin menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai parti itu.

“Saya tidak akan masuk Umno.

“Tetapi Umno adalah rakan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, maka Umno kekal sebagai rakan muafakat PAS dan saya boleh mesra Umno selagi mana Umno menjadi sebahagian daripada MN ikut dasar parti dan berdasarkan budaya politik matang sejahtera,” katanya lagi.

 

‘Hanya berhenti sementara’

Dalam wawancara semalam, bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata dia hanya “berhenti” sementara daripada parti itu “atas tujuan tertentu” dan akan kembali semula jika masih diterima pada masa akan datang.

Katanya lagi, dia juga tidak mengajak pemimpin dan ahli lain untuk mengikut langkahnya, dan berpesan agar mereka semua kekal bersama PAS.

Cukuplah saya seorang berhenti untuk sementara waktu untuk laksanakan dua, tiga perkara yang perlu…sebagai orang yang berintimak dengan PAS. Bukan pendek masanya, sejak berusia 16 tahun.

“Saya mohon berhenti kerana ada perkara yang saya tak boleh bercakap, tak boleh betulkan selagi saya masih berada dalam PAS. Parti ada peraturan, disiplin yang perlu diikuti,” katanya, sambil menambah dia telah bersuara mengikut saluran menerusi Majlis Syura Ulama sebelum ini.

“Maka saya perlu berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan kepimpinan untuk urus parti cara betul kerana kesilapan urus parti, kesannya kepada apa yang akan dicapai…terutama melibatkan masa depan parti dan ketika hadapi PRU,” katanya.

Tanpa menjelaskan secara khusus, dia berkata pada masa ini ada banyak kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi.

“Ini bukan cerita di peringkat cawangan, DUN, Parlimen atau pun negeri, tetapi melibatkan pengurusan parti di peringkat pusat,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker