‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.

‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.

KISAH kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Terbaharu tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat aktres berkenaan selepas ditemui oleh pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Twitter dan Telegram, foto ngeri dipercayai mayat Tangmo itu tersebar meluas hingga mengundang simpati netizen.

Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa kecederaan teruk pada bahagian paha.

Lebih menyayat hati, wajah Tangmo juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pihak dapat mengesahkan mengenai kesahihan foto yang tersebar itu.

Menjengah laman Twitter, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan terkejut apabila melihat foto berkenaan.

Ibu Tangmo Nida dakwa diugut

“Seriau tengok mayat Tangmo. Sampainya hati manusia tu biar dia lemas. Takutnya!

“Seram tengok gambar mayat Tangmo. Sampai hilang muka cantik dia.

“Kalau tengok gambar tu macam kena bunuh, nampak macam mendiang kena jerut di leher,” tulis netizen.

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.-mSTAR

‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker