SPRM dan Polis siasat Tawfiq Ayman

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan Pejabat Peguam Negara (AGC), pada 2018, yang bertindak mengarahkan polis menyiasat suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

“Fokus SPRM adalah untuk mengenal pasti serta mendapatkan semula dana terkait dengan kes 1MDB, termasuk sejumlah USD15.4 juta, yang melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, milik Tawfiq,” katanya dalam kenyataan.

“Manakala, AGC telah mengarahkan polis untuk menumpukan kepada aspek kesalahan jenayah berhubung penerimaan wang tersebut ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura dan siasatan masih berjalan sehingga kini.”



Kenyataan SPRM dikeluarkan susulan persoalan berhubung keputusan SPRM menyerahkan siasatan kes membabitkan Tawfiq kepada polis.  SPRM berkata, idea menyerahkan kes Tawfiq itu kepada polis bagi mengelak pertindihan siasatan selaras arahan AGC.

Katanya, penyelarasan itu penting kerana membabitkan pengumpulan bukti dan keterangan mereka yang terlibat, serta memudahkan untuk berurusan bersama pihak Singapura, yang memberi keutamaan kepada satu agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan kesalahan jenayah.

“Sehubungan itu, tidak timbul isu kegagalan mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan dalam transaksi kewangan tersebut seperti dibangkitkan oleh segelintir pihak,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata agensi terbabit tidak menyiasat Tawfiq, yang mana syarikatnya di Singapura dikatakan menerima dana berkaitan 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.



Azam memberitahu pemberita pada Selasa, SPRM diarah untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura dan siasatan terhadap Tawfiq diserahkan kepada polis.

SPRM dan Polis siasat Tawfiq Ayman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker