PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Oleh Nurul Aishah

Sepanjang kempen pilihanraya negeri Johor samada sebelum penamaan calon atau pun selepas penamaan calon, Presiden PPBM Muhyiddin Yasin dikatakan menyerang bekas Perdana Menteri Najib Razak hampir disetiap ceramahnya.

Ceramah di hadapan jentera parti PPBM dan juga di hadapan orang kampung atau pengundi. “Najib itu dan Najib ini” sentiasa membasahi bibir Muhyiddin.

Terkini malam tadi di hadapan sekitar 15 orang pendengar. Muhyiddin seperti biasa menjadikan Najib Razak sebagai subjek serangan di dalam ceramahnya.

Sambil menggaru-gari hidung dan telinga, Muhyiddin meminta orang kampung jangan biarkan Najib Razak datang ke kampung tersebut kerana Najib akan masuk ke rumah mereka dan merompak barang-barang yang ada di dalamnya.

Ketara kelihatan gelagat Muhyiddin dengan aksi tenyeh hidung dan menggaru telinganya tidak berhenti malah semakin kerap setiap kali beliau berbohong. Nampak sangat terdesak.

Menurut pakar, kalau kita nak tahu aksi pembohong, ‘bahasa tubuhnya’ cukup sebagai bukti. Tidak senang duduk bila makin kuat berbohong dan menipu.

Orang kampung termasuk jentera ppbm yang turut hadir nampak menggeleng kepala kerana Muhyiddin dilihat seperti tidak siuman.

Sepatutnya datang memberi keyakinan kepada pengundi apa yang PPBM boleh buat bila menjadi kerajaan. Bukannya datang memperbodohkan orang kampung.

Mungkin Muhyiddin marah dan kecewa kerana tidak sampai pun 20 orang yang hadir. Tidak seperti Najib yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat di mana sahaja beliau berada.

Teruk koyaknya Muhyiddin.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker