MB Selangor positif Covid-19

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan hari ini.

Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Amirudin akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan dijadualkan kembali bertugas secara rasmi pada 8 Mac ini.

“Bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan beliau dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya.

“Marilah bersama-sama kita mendoakan kesihatan beliau sekeluarga dan semua yang turut terkesan dengan wabak Covid-19. Semoga Allah terus merahmati dan melindungi kita semua jua,” menurut kenyataan tersebut.



– Bernama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker