Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid

Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador melahirkan rasa kecewa dengan hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Hamid mendakwa Pengerusi EAIC Sidek Hassan tidak biasa dengan “sistem” polis.



“Beliau sebenarnya tak tahu bagaimana sistem itu berfungsi..sangat menyedihkan,” katanya kepada FMT.

Hasil siasatan itu susulan dakwaan beliau mengenai wujudnya kartel dalam polis sebelum beliau bersara tahun lalu.

Pengerusi EAIC Sidek Hassan, dalam kenyataan semalam, berkata suruhanjaya itu tidak dapat mengesahkan dakwaan Hamid.

Penemuan itu, berdasarkan keterangan saksi dan dokumen, dibuat sembilan bulan selepas mereka melancarkan siasatan pada Mei.



Sebelum ini, pada sidang media terakhir sebagai Ketua Polis Negara April tahun lalu, Hamid pernah mendedahkan wujudnya gerakan dalaman membabitkan pegawai muda dalam polis yang bercita-cita menjatuhkan beliau.

Adakah EAIC ambil keterangan Hamid?

Sementara itu, seorang pemimpin DAP meminta EAIC mendedahkan sekiranya suruhanjaya berkenaan mengambil keterangan daripada Hamid dalam siasatannya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, berkata hasil siasatan EAIC bertentangan dengan pendedahan Hamid, dan tertanya-tanya sama ada ia lengkap atau tidak.



“EAIC juga perlu dedahkan siapa yang disiasat dan jika saksi ini mempunyai kepentingan dalam hasil siasatan.

“Persoalan sama ada keterangan diambil daripada pihak bebas adalah penting, kerana jika ini tidak dibuat, ia tidak boleh dikatakan bahawa penemuan EAIC adalah saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini. FMT

Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker