Muhyiddin nak jerat siapa?

Muhyiddin nak jerat siapa?

Tiada siapa yang mempersoalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh akses kepada laporan ekonomi negara jika beliau mendapat kebenaran Kabinet.

Namun kenyataan ugutannya untuk membocorkan kedudukan kewangan itu sama sekali tidak boleh diterima apatah lagi ia datang dari bekas seorang perdana menteri.

Ugutan itu sudah cukup jelas menunjukkan siapa sebenarnya Muhyiddin, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dakwa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, secara terang lagi bersuluh, Muhyiddin sanggup mempolitikkan apa sahaja termasuk laporan ekonomi negara untuk kepentingan politiknya tetapi sokongan yang dinyatakan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini turut boleh dipersoalkan.

“Kenyataan Muhyiddin jelas satu bentuk ugutan. Apabila ugutan ini dibuat, saya tertanya-tanya apa jadi dengan sokongan beliau terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kalau asyik mengugut, sokong apa?

”Tindakan Muhyiddin ini bukan sokong tetapi satu cubaan untuk menunjukkan kecacatan kerajaan sedia ada,” jelasnya.

Nur Jazlan menambah, sikap Muhyiddin yang suka cakap depan lain, cakap belakang lain menyebabkan UMNO memang tidak boleh mempercayainya.

“Kalau hendak tahu, sikap Muhyiddin inilah juga menyebabkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh bersama.

“UMNO memang tidak boleh mempercayai beliau kerana lidahnya bercabang dan UMNO pernah dipatuknya,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan bertanya, perkara apa yang Muhyiddin begitu teruja hendak bocorkan kerana dia sendiri pernah berada di dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Nur Jazlan membangkitkan semula sikap Muhyiddin tidak pernah langsung membuka mulut sedikit pun ketika Kerajaan PH mendakwa Malaysia akan bankrap.

Sehingga pada satu peringkat, PH dengan penuh ‘dramatik’ menubuhkan Tabung Harapan pada 30 Mei 2018 dengan meminta ihsan derma rakyat bagi membantu negara dan mengukuhkan kewangan kerajaan.

“PH telah melakukan penipuan terang-terangan dan Muhyiddin ketika itu langsung tidak menafikan semua tuduhan-tuduhan jahat PH. Bahkan Muhyiddin menyaksikan sendiri bagaimana PH rakus melakukan penjualan aset-aset negara dan menambah hutang negara, pun dia diam juga.

“Tetapi Allah Maha Kaya, Allah tunjukkan ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Muhyiddin juga yang membelanjakan RM600 bilion. Dari mana datang wang ini kalau BN sudah bankrapkan negara dulu?

“Sekarang dia kata nak bocorkan kedudukan ekonomi negara, dia jerat diri siapa sebenarnya?” soal Nur Jazlan.

Nur Jazlan yang pernah menjadi Pengerusi Kira-Kira Wang Negara (PAC) menasihatkan Muhyiddin jika mahu membocorkan apa-apa sahaja tentang kedudukan ekonomi negara, sila besertakan dengan laporan lengkap untuk ditunjuk dan dibuktikan kepada rakyat.

“Jangan ikut perangai Tun Dr Mahathir Mohamad, wujudkan Majlis Penasihat Kerajaan, konon bertindak atas saranan majlis ini tetapi sampai kesudah satu laporan daripada majlis ini tak nampak.

“Nasihat saya pada Muhyiddin sudah-sudahlah, jangan kerana dah tak jadi PM, acah-acah nak buat pengumuman sensasi. Sebab pada mata rakyat sikap pemimpin begini tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi macam-macam nak dibocorkan menjelang PRN Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, penjelasan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kenyataan ugutan yang turut mengaitkan namanya didakwa tidak menjawab persoalan banyak pihak.

Sebaliknya, kenyataan umum beliau memang sudah dijangkakan apatah lagi penjelasan itu menyokong Muhyiddin.

“Kenyataan beliau (Tengku Zafrul) menyokong Muhyiddin, sudah dijangkakan. Tanpa lantikan Muhyiddin, siapalah beliau,” kata Nur Jazlan. MG

Muhyiddin nak jerat siapa?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker