Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Sebuah kapal terbang milik Malaysia Airlines dirakam mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London sewaktu taufan Eunice melanda negara tersebut.

Pendaratan itu dirakam oleh salah seorang YouTuber yang membuat liputan secara langsung semasa negara itu berdepan dengan taufan tersebut.

Di dalam video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial, kedengaran suara seorang lelaki yang memuji kecantikan kapal terbang tersebut sambil membuat liputan secara langsung bagaimana kapal terbang mendarat semasa dilanda taufan.



Pendaratan yang baik dari juruterbang telah berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Tambahan pula umum tahu bagaimana sukarnya untuk mendarat kapal terbang jika cuaca dan keadaan sekeliling tidak mengizinkan.

Video itu terus mendapat ulang ciap daripada netizen dengan kebanyakannya memuji juruterbang tersebut. Sebahagian netizen pula mendakwa bahawa mereka mungkin akan mengucap panjang jika terpaksa menempuh detik-detik cemas seperti itu.

Untuk rekod, Big Jet TV telah dibina sejak enam tahun lalu dengan siaran langsung pendaratan pesawat. Selama enam tahun, liputan pendaratan pesawat sewaktu taufan eunice telah menerima jumlah tontonan tertinggi.

Pada hari Jumaat, saluran itu mencatat rekod 200,000 penonton secara langsung yang mahu melihat bagaiaman pesawat bergelut untuk mendarat dalam angin kencang di lapangan terbang Heathrow – lebih daripada biasa menonton banyak saluran televisyen berita Inggeris. Vc



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/



Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker