Rangka manusia ditemui di Bukit Pelindung

Rangka manusia ditemui di Bukit Pelindung

Rangka manusia disyaki milik seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lepas ditemui di kawasan Bukit Pelindung, Kuantan semalam.

Ia ditemui kira-kira 11.30 pagi dalam keadaan terselit di celah batu di kawasan kaki bukit tersebut, iaitu kira-kira 2km dari tempat beg dan selipar milik mangsa dijumpai sebelum ini, kata Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu.



“Penemuan rangka itu hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan kembali kira-kira 9 pagi hari ini (Ahad).

“Pasukan SAR terdiri daripada 17 anggota termasuk polis dan pihak bomba,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Rangka manusia itu dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan ujian DNA.

Pada 19 Jan, lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada pagi hari berkenaan.



Pada hari sama, beliau dilihat oleh seorang pendaki berada di kawasan itu.
FMT

Rangka manusia ditemui di Bukit Pelindung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker