Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Pemandu kereta yang menayangkan gari kepada pemandu lain susulan salah faham, disahkan seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata individu terbabit merupakan anggota berpangkat Lans Koperal bertugas IPD itu.

“Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal. Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, rakaman kamera dari sebuah kenderaan yang bergerak di lorong kanan sepanjang Jalan Tun Razak, tular di media sosial.

Ia menunjukkan sebuah kenderaan enggan memberi laluan kepada kenderaan lain yang cuba menukar laluan dari lorong kiri.

Pemandu kereta kedua kemudiannya menurunkan cermin tingkap dan menayangkan gari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata polis merakamkan kenyataan daripada enam individu berhubung kes itu.

“Kita sedang menyiapkan siasatan,” katanya. FMT

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker