Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya

Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya

Pelakon, Raja Ilya, 37, mendedahkan suatu ketika, dia mempunyai masalah untuk meneruskan rawatan pemutihan gigi memandangkan giginya menjadi terlalu sensitif gara-gara dari kecil tidak disiplin dalam bab penjagaan.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, sebelum ini, adalah menjadi rutinnya pada setiap tiga bulan sekali untuk membuat rawatan pemutihan namun kemudiannya dinasihatkan berhenti oleh doktor.

“Dulu, hampir setiap tiga bulan saya akan pergi buat rawatan pemutihan gigi. Akhirnya, doktor yang merawat kata memang dah tak boleh buat.

“Gigi saya jadi sangat sensitif dan langsung tak boleh buat apa-apa rawatan pemutihan. Habis itu, mana tidaknya, dari kecil tak jaga gigi.

“Umur satu tahun mak dah bagi Milo ganti susu sebab saya ada masalah intoleransi laktosa (lactose intolerant). Apa cerita!”katanya.

Ilya berkata demikian dalam satu perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, kata pelakon Appalam dan KL Vampires ini, dia kemudiannya mencuba membuat rawatan veneer demi mendapatkan gigi yang cantik.

“Kemudian saya pergilah ke Bangkok, Thailand untuk buat rawatan veneer. Tapi lepas buat, baru saya perasan, bukan main besar lagi dia buat. Dah macam gigi Jim Carey dalam filem The Mask!

“Akhirnya, saya dapatkan rawatan yang sama di Kuala Lumpur. Harga pun tak mahal dan sekali buat memang nampak macam gigi betul,”katanya.

Dalam pada itu, kata Ilya, dia juga tidak sabar untuk pulang ke tanah air untuk mendapatkan rawatan yang sama di klinik yang diyakininya.

“Empat tahun dah saya pakai veneer ini. Tak sabar nak balik buat rawatan susulan. Sanggup saya tunggu walaupun di sini (Perth, Australia) ada juga.

“Tapi, di sini, majoriti banyak doktor buat yang akhirnya gigi nampak tebal dan besar. Macam palsu pun ada,”katanya.

Raja Ilya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada tanggal 23 Disember 2018.

Selepas berkahwin, Ilya meninggalkan Malaysia dan menetap di Perth bersama suaminya. Utusan

Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker