AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan hakikat PKR tidak pernah menerima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti itu yang dilantik sehingga kini.

SHAH ALAM – Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan spekulasi Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli bakal melakukan kemunculan semula dalam PKR hanyalah sebagai perkhabaran yang tidak memberi nilai tambah kepada parti.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan hakikat PKR tidak pernah menerima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti itu yang dilantik sehingga kini.

Justeru, beliau menjelaskan secara teknikalnya Rafizi bukanlah layak dianggap membuat kemunculan semula dalam dunia politik jika berbuat demikian, sebaliknya lebih kepada tindak-tanduk seorang pemimpin yang baru ‘terjaga dari lena’ setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’.

“Bagi saya tiada istilah ‘comeback’ kepada Rafizi sekiranya beliau berbuat demikian kerana berdasarkan rekod parti, PKR tidak pernah menerima surat peletakan jawatan Rafizi.



“Justeru, beliau sebenarnya sudah diberi ruang luas untuk berpolitik dan membantu parti yang mengalami pelbagai kesusahan selepas peristiwa ‘Langkah Sheraton’, tetapi mengapa Rafizi enggan berbuat demikian?

“Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat ‘comeback’, buat ‘comeback’ betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus kemungkinan Rafizi dan juga seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal membuat kemunculan semula dalam PKR dan politik tanah air dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kembali parti itu.

Sinar Premium difahamkan sebilangan besar penyokong muda dan pemimpin PKR sedang berusaha memujuk Rafizi untuk kembali mengemudi parti itu dengan menawarkan pelantikan jawatan Timbalan Presiden parti itu sewaktu pemilihan PKR pada April nanti.



Bahkan, bekas Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah memberikan reaksi positif menerusi ciapan Twitter apabila beliau menjelaskan akan mempertimbangkan permintaan itu terlebih dahulu.

Sebelum ini, Rafizi dan Nurul Izzah melepaskan jawatan dalam parti secara bersama dan mengumumkan pengunduran diri dari dunia politik sekitar tahun 2019 susulan masalah dalaman parti itu.

 

Spekulasi Rafizi dan Nurul Izzah bakal mewarnai semula pentas politik tanah air semakin kuat bertiup kencang menjelang pemilihan PKR pada April ini.
Spekulasi Rafizi dan Nurul Izzah bakal mewarnai semula pentas politik tanah air semakin kuat bertiup kencang menjelang pemilihan PKR pada April ini.

 



KUKUHKAN PARTI

Mengulas lanjut, Syed Badli Shah yang juga bekas Naib Ketua AMK Pusat itu menegaskan fokus utama PKR adalah untuk mengukuhkan struktur kepimpinan parti dan menyingkirkan saki-baki ahli-ahli yang pro kepada kartel PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas beliau lagi, terdapat banyak jawatan penting dalam seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang perlu diisi selepas dikosongkan ‘kartel’ Azmin dengan ahli-ahli PKR perlu memastikan pemimpin dipilih benar-benar amanah dan setia kepada parti.

“Bagi saya paling penting adalah pengukuhan parti, bukannya ‘comeback’ pemimpin yang lari apabila parti berada dalam keadaan susah.



“Kalau tanya saya, apa beza Rafizi dengan Azmin, saya akan jawab Azmin khianati parti tetapi dia keluar parti, manakala Rafizi langsung tidak ambil peduli pasal PKR, tetapi sibuk berhajat hendak dapat jawatan tinggi,” ujarnya lagi.

Syed Badli Shah turut menyifatkan Rafizi tidak layak diberikan laluan mudah bagi dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu susulan beliau gagal melaksanakan tugas selaku Naib Presiden PKR dilantik sebelum ini.

“Dengan beliau lebih diingati sebagai Naib Presiden PKR yang tidur, layakkah ahli-ahli parti membentangkan permaidani merah kepada Rafizi untuk kembali diangkat sebagai Timbalan Presiden?

“Saya tiada masalah kalau prestasi Rafizi sewaktu memegang jawatan Naib Presiden adalah cemerlang. Namun beliau bukan sahaja gagal menunaikan amanah, sebaliknya bertindak mengkritik parti dan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara terbuka.



“Justeru, apa bezanya Rafizi dengan Mohamed Azmin jika kehadirannya dalam PKR hanya sekadar menambah ribut dalam cawan?” tegas Syed Badli Shah lagi.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker