Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh kerana enggan mengambil satu sen wang beliau walaupun mewakili Presiden PKR itu di mahkamah selama bertahun-tahun.

Beliau teringat ketika Karpal melawatnya di penjara dan menegurnya selepas keluarga dan rakan Ketua Pembangkang itu mengutip sehingga RM400,000 untuk membayar yuran guamannya.

Tanpa pengetahuan Ahli Parlimen Port Dickson itu, Karpal datang menemuinya di penjara dan memarahinya.



“Rupanya adik saya berunding dengan keluarga…Wan Azizah (Ismail)…kita dapat sumbangan sehingga RM400,000 tapi itu sedikit sangat.”

Katanya, apabila adiknya pergi ke pejabat Karpal untuk membuat bayaran, dia bertanya tentang bayaran itu lalu marah serta menghalaunya keluar.

“Adik saya nak pergi bayar, dia halau pula. Jumlah yang hendak dibayar kepada mendiang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bantuan yang diberikannya selama bertahun-tahun.

“Saya fikir mendiang banyak buat ‘research’ (penyelidikan), ada staf, dia lawan hari-hari di mahkamah” katanya ketika berkongsi pengalaman pada majlis pengumuman calon PKR bagi kawasan utara Johor malam tadi.



Karpal, seorang peguam kanan yang dihormati, yang juga bekas Pengerusi DAP, dikenali sebagai “Harimau Jelutong” bersempena kawasan Parlimen di Pulau Pinang yang diwakilinya di Dewan Rakyat dari 1978-1999.

Beliau mewakili Anwar dalam perbicaraan kes liwat pertama dan keduanya.

Karpal maut dalam kemalangan jalan raya pada 2014.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker