DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang

DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: DAP yang memerintah dan Pakatan Harapan (PH) dijangka berdepan kesukaran di Pulau Pinang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetapi bukan daripada parti Sabah, Warisan, yang berkata, ia akan bertanding di semua kerusi di negeri itu.

Ahli sains politik Wong Chin Huat berkata, bukan mudah bagi DAP dan PH untuk mengekalkan penggal keempat mereka di negeri ini memandangkan terdapat perubahan dalam susunan pengundi dan politik negara.



Katanya, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin memenangi “beberapa kerusi” atas beberapa faktor; pertama adalah peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan penyokong tradisi DAP dan PH.

Faktor lain adalah perubahan dalam susunan kaum pengundi disebabkan pendaftaran automatik dan kecenderungan pengundi muda Melayu kepada Umno dan PAS dalam pilihan raya.

“Faktor lain adalah pertembungan pelbagai penjuru dengan Warisan mungkin memainkan peranan yang menyebabkan undi DAP dan PH berpecah sekali gus membolehkan BN atau PN menang dengan margin yang tipis. Inilah yang berlaku kepada DAP di Bemban, Melaka dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, peluang Warisan untuk memenangi kerusi di Pulau Pinang adalah tipis. Sebarang rasa tidak puas hati terhadap DAP dan PH mungkin tidak akan menyebabkan pengundi beralih kepada parti baharu seperti Warisan, katanya.



Menurut Wong lagi, muka baharu seperti Parti Bangsa Malaysia (PBM) “tiada peluang” untuk menang di mana-mana kerusi di Pulau Pinang dengan berkata, mereka hanya akan memperoleh undi ahli parti dan sekutu tokoh politik yang dikenali dalam kalangannya.

PBM baru-baru ini mendakwa ia telah mengumpul 8,000 ahli baharu di Pulau Pinang.

Wong membandingkan percubaan Warisan dan PBM dengan langkah Parti Bersatu Sabah pada PRU 1995 yang menyaksikan ia tewas di ketiga-tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang dan tujuh kerusi DUN yang ditandingi.

“Semua 10 calon itu memperoleh kurang 1,000 undi dan kehilangan wang deposit. Salah seorangnya adalah Khor Gaik Khim, yang pernah menjadi pemimpin utama Gerakan Pulau Pinang.



“Jeff Ooi daripada Warisan mungkin boleh buat lebih baik daripada Khor dan dapat kekalkan depositnya, tetapi beliau perlukan keajaiban untuk menang,” katanya. FMT

DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker