Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan

Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) Puad Zarkashi mendakwa Bersatu tidak berani keluar dari kerajaan dan takut sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal.

Beliau merujuk kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa beliau tidak mahu rakyat terkorban dengan langkah bodoh Bersatu keluar daripada kerajaan.

“Sebenarnya rakyat sudah ramai terkorban kerana PKP (perintah kawalan pergerakan) separuh masak oleh PM ke-8.



“Mereka hilang perniagaan, hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan ada yang bunuh diri,” katanya di Facebook.

Puad berkata, Bersatu sebenarnya tidak akan berani keluar dari kerajaan.

“Tekan butang hanya ugutan. Jawatan Menteri adalah talian hayat Bersatu. Keluar kerajaan memang ‘langkah bodoh’ untuk mereka.

“Bersatu sebenarnya takut PRU awal. Apakah tumbangkan kerajaan sendiri (22 bulan) dan langkah Sheraton bukan langkah bodoh yang bunuh rakyat? Maka apakah kamu bertanggungjawab?” soal Puad.



Terdahulu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata sekiranya gabungan parti itu keluar daripada kerajaan sekarang, ia hanya akan menyebabkan rakyat lebih menderita disebabkan Covid-19.

Muhyiddin turut yakin dalam keadaan pandemik rakyat tidak mahu berhadapan PRU15.

“Dalam keadaan pandemik, kalau tanya sini siapa yang nak tengok PRU? I just want to ask you, media. (saya nak tanya pemberita).

“Dalam situasi yang tak berapa orang kata menyeronokkan, tetapi kerana Bersatu memikirkan tentang kepentingan rakyat, kepentingan negara, supaya jangan rakyat terkorban disebabkan langkah bodoh kita,” katanya.



Jangan lupa semasa belum ada vaksin parti Muhyiddin telah ‘memaksa’ PRN Sabah diadakan dan menyebabkan jangkitan Covid-19 mula menjadi-jadi ketika itu sehingga ramai terkorban.

Jadi tidak perlu sekarang memberi alasan Covid-19 untuk tekan butang kerana keadaan sekarang sudah berbeza.

Yang pasti Bersatu tagu yang mereka akan kalah dan hilang jawatan sekiranya mereka tekan butang sekarang.

Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker