Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating



Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating

Penyanyi legenda Datuk Hattan menempelak pihak stesen televisyen supaya bersikap bertanggungjawab agar membawa industri seni ke tahap lebih tinggi.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Hattan, 58, melahirkan pendapat tentang penyertaan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli dalam program Big Stage musim keempat (BS4) semalam.

Kata Hatta atau nama lengkapnya Mohd. Shukri Shahabudin, Iqbal dilihat bukanlah seorang penyanyi yang bagus untuk menyertai program nyanyian itu.

“Apa yang cuba dilakukan (pihak Astro)? Kalau nak rating sekali pun, tidak perlu sampai begitu, banyak lagi cara lain.




“Pihak produksi sewaktu sesi latihan tidak tahu ke bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta (Iqbal) tidak boleh menyanyi? Kenapa panggil juga?” ujarnya.

Pelantun Mahligai Syahdu itu tidak menafikan gimik kejutan sebegitu memang memberi impak besar daripada segi pemasaran. Namun tindakan tersebut cukup memalukan untuk industri secara keseluruhannya.

“Dalam program itu ada peserta dari Indonesia (Tegar Septian). Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

“Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak?

“Walaupun persembahan standard begitu, punyalah sampah,” katanya.




Hattan turut terkilan kerana pertandingan tersebut turut diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sepatutnya dibuat selari dengan standard yang jauh lebih baik.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan,” katanya.

Konsert minggu pertama BS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam dipenuhi kontroversi selepas Iqbal tampil di atas pentas selepas diumumkan sebagai peserta tambahan ke-12.

Pengumuman penyanyi lagu Hujan itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai netizen apabila menyifatkan nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara sangat teruk. K Online

Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Leave a Reply

Your email address will not be published.