Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram

Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram

LONDON: Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama mencapai 401 juta pengikut di Instagram – menjadikan dia paling diikuti di platfom berkenaan.

Bintang Manchester United itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari selepas hari lahirnya yang ke-37, mengatasi Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut.

Pakar perjudian, OLBG mendedahkan berapa banyak boleh diterima bintang Portugal itu daripada satu hantaran di media sosial berkenaan.



Pada September 2021, Ronaldo memiliki 237 juta pengikut yang memberikan pulangan kira-kira £1,019,100 (RM5.78 juta) untuk satu hantaran.

Dengan pengikut terkini seramai 401 juta, pendapatan Ronaldo meningkat kepada £1,720,000 (RM9.76 juta) – tiga kali ganda daripada gaji mingguan £480,0000 (RM2.72 juta) diterima di Manchester United.

Pengikut bekas Galacticos itu meningkat kepada 163 juta dalam hanya lima bulan dengan kira-kira 10 juta ‘likes’ untuk satu hantaran.

Hantaran terbaharunya di Instagram termasuk gambar bersama keluarga, foto latihan dan gambar ketika dia menaiki penerbangan. BH



Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker