Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!

Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!

ISU membabitkan kesihatan dalaman dan ‘kejantanan’ masih dianggap taboo dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Rata-rata golongan lelaki lebih gemar berdiam diri dan enggan mengakui masalah yang dihadapi semata-mata berasa malu dengan pandangan masyarakat sehingga enggan mendapatkan rawatan di hospital.

Akhirnya masalah seperti kemandulan, mati pucuk malah kanser prostat boleh memudaratkan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan permasalahan lain termasuk keruntuhan rumah tangga disebabkan ego.

Pengasas Suami Sihat, Idham Fitriadi berkata, sudah tiba masanya golongan lelaki memberi perhatian tentang masalah ‘dalam’ seluar mereka malah tidak perlu berasa rendah diri atau malu tentangnya.

Ada bergantung kepada pil terlarang yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

“Masalah mati pucuk, lemah tenaga batin antara isu biasa dalam kalangan lelaki terutamanya bagi mereka yang sudah meningkat usia tetapi ramai enggan mengakuinya kerana perasaan malu dan ego.

“Tidak hanya itu, saiz ukuran zakar turut dilihat sebagai isu sehingga ramai terpedaya dengan pelbagai produk membesarkan alat sulit selain mengambil pil-pil tertentu yang lebih membahayakan daripada berjumpa doktor,” katanya kepada mStar.

Menyedari tentang isu yang berlaku, Idham terpanggil untuk menubuhkan Suami Sihat iaitu sebuah one stop centre yang menyediakan khidmat nasihat kesihatan untuk lelaki.

Selain itu kata Idham, Suami Sihat ingin mendidik kaum lelaki supaya memandang serius tentang perkara berkaitan kesihatan lelaki kerana ia bukan sekadar tentang lemah tenaga batin dan ukuran zakar.

Idham Fitriadi mahu membantu golongan lelaki keluar daripada masalah berkaitan kesihatan batin.

“Ada segelintir yang menggunakan jalan pintas untuk mengatasi masalah dihadapi mereka seperti menggunakan minyak lintah, pam vakum dan suntikan silikon untuk membesarkan zakar malah ada sanggup menanam besi bebola yang kononnya dapat memberi kenikmatan seks luar biasa.

“Sebenarnya tanpa mereka sedar tindakan itu mendedahkan kepada risiko yang boleh meragut nyawa. Kesannya saja mengubah bentuk zakar malah merosakkan fungsinya.

“Sebab itu kami mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan Suami Sihat untuk membantu golongan lelaki memahami tentang kesihatan dalaman mereka sekali gus meningkatkan kecergasan tenaga dalaman,” ujarnya yang menubuhkan Suami Sihat sejak 2016.

Tambah Idham, matlamat utamanya adalah menyediakan sebuah pusat sehenti bertujuan membina komuniti yang peka terhadap kesedaran kesihatan lelaki sekali gus menyalurkan maklumat sebenar tentang pelbagai mitos tentang kesihatan seksual.

Pelbagai perkongsian menerusi Telegram.

“Kami kerap mengadakan sesi siaran langsung di Facebook bersama pakar bidang sakit tuan yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemusykilan berkenaan topik kesihatan lelaki.

“Kita mahu jadikan topik tentang kesihatan lelaki ini sesuatu yang seksi dan sensual, bukannya perkara menakutkan serta memalukan,” jelasnya yang turut menubuhkan pergerakan komuniti di Telegram.

Jelas Idham, usaha ini juga bertujuan supaya mereka lebih terbuka untuk berjumpa dengan doktor dan bukan hanya bergantung kepada petua tradisional semata-mata.

Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker