Tiada lagi PKP, Malaysia bakal beralih ke fasa endemik

PETALING JAYA – Malaysia bakal beralih ke fasa endemik dalam waktu terdekat, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun kata Hishammuddin, tarikh sebenar peralihan itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 (JKKPP) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, fasa ‘peralihan ke endemik’ merupakan satu pendekatan menyeluruh dalam menuju hidup bersama Covid-19.



Jelasnya, terdapat tujuh tonggak di bawah pendekatan ini dan menerusi penelitian Kuartet.

“Antaranya pematuhan satu prosedur operasi standard (SOP) umum dan sembilan garis panduan, sistem amaran dan tindakan (Heightened Alert System – HAS) dan National Testing Strategy.

“Turut terkandung adalah TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek); Automated FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support); pembukaan sempadan negara secara berperingkat serta duta-duta pemerkasaan komuniti,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kuartet Menteri di Wisma Pertahanan hari ini.



Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, sejak akhir-akhir ini banyak pihak mula bimbang susulan gelombang penularan varian Omicron serta peningkatan jumlah kes harian Covid- 19.

Namun begitu katanya, negara tidak boleh berganjak daripada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya ini.

“Seperti yang dapat dilihat daripada laporan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, biarpun jumlah kes harian terus meningkat, namun jumlah yang dirawat di wad dan Unit Rawatan Rapi adalah rendah.

“Ini menunjukkan sistem kesihatan negara berada dalam keadaan terkawal, selari dengan kenyataan Menteri Kesihatan semalam,” ujarnya.



Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran di seluruh negara.

“Sekiranya berlaku peningkatan kes di sesuatu kawasan, hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan,” katanya.- K! ONLINE

Tiada lagi PKP, Malaysia bakal beralih ke fasa endemik


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker