Pemecatan Khairuddin sah: Mursyidul Am Pas

ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan pemecatan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama adalah sah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, ini kerana pelantikan Mohd. Khairuddin dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini adalah atas kapasiti mewakili Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.

Menurutnya, seramai empat pemimpin termasuk Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dipilih AJK Pas Pusat mewakili Majlis Syura Ulama dan apabila tergugurnya jawatan Mohd. Khairuddin dari AJK Pusat, maka situasi sama juga di dalam Majlis Syura.

“Sememang­nya menjadi kuasa Mursyidul Am me­lantik dan memecat Setiausaha Majlis Syura Ulama. Namun dalam isu Mohd. Khairuddin ini, dia (Khairuddin) berada di dalam Majlis Syura Ulama adalah di atas kapasiti AJK Pas Pusat.



“Mursyidul Am hanya boleh menggugurkan jawatan seseorang itu yang sememangnya anggota di dalam Majlis Syura Ulama bukan dari AJK Pas Pusat. Apabila kelayakan Mohd. Khairuddin ditarik dari AJK Pas Pusat maka tergugur juga jawatan di dalam Majlis Syura.

“Saya faham ada yang mempersoalkan hanya kuasa Mursyi­dul Am memecat Setiausaha Majlis Syura namun dalam isu Khairuddin itu seperti yang saya jelaskan itulah,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sekali lagi kehilangan jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan memecatnya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berkuat kuasa Selasa lepas.

Pemecatan itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan AJK Pas pada 12 Januari lalu.



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat susulan isu-isu disiplin melibatkan pe­mimpin berkenaan.

Sementara itu, Hashim berkata, pengguguran Mohd. Khairuddin tidak memberi sebarang kesan kepada parti khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum-sebelum ini, pemecatan Mohd. Khairuddin adalah di­sebabkan isu-isu berkaitan disiplin dan bukannya atas faktor lain.

“Soal pemecatan tersebut tidak akan mengganggu momentum Pas dalam menghadapi PRN Johor bulan depan,” katanya. – UTUSAN



Pemecatan Khairuddin sah: Mursyidul Am Pas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker