Mahkamah Rayuan kekal perintah beku aset RM169.2 juta Ricky Wong, ibu

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membekukan aset bernilai RM169.22 juta milik ahli perniagaan, Datuk Ricky Wong Shee Kai serta ibunya, Teh Sew Wan dan syarikat mereka Wong SK Holdings Sdn Bhd dalam saman yang difailkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung dakwaan salah laku pasaran.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk P Ravinthran, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Leonard David Shim, memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi menggunakan prinsip undang-undang yang betul serta melaksanakan budi bicaranya berdasarkan prinsip yang tepat.
Shim berkata, panel itu mendapati Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membenarkan injunksi di bawah Seksyen 360 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) bagi menghalang perayu melupuskan atau berurusan dengan aset mereka.
“Kami sebulat suara memutuskan bahawa Aturan 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan prinsip undang-undang lazim berkaitan injunksi Mareva adalah tidak terpakai bagi permohonan injunksi berkanun di bawah Seksyen 360 CMSA.
“Oleh itu, kami mendapati wujud kes prima facie bahawa perayu secara bersama atau berasingan telah melanggar Seksyen 179 CMSA dan memperoleh keuntungan kewangan yang menyalahi undang-undang berjumlah sekurang-kurangnya RM56 juta hasil penipuan tersebut… justeru, adalah wajar bagi Mahkamah untuk mengeluarkan injunksi interim di bawah Seksyen 360(2) CMSA,” katanya melalui aplikasi Zoom.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semarak Subuh Johor Perkukuh Penghayatan Agama, Satukan Ummah
- 10 ADUN Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Hari Ini
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun
Beliau berkata, mahkamah mendapati kes yang kukuh untuk dihujahkan serta risiko sebenar pelupusan aset, dan mengambil maklum bahawa lebih RM3.5 juta daripada hasil itu telah digunakan untuk membeli hartanah mewah di Four Seasons Place.
“Tidak dapat dipertikaikan bahawa Puan Teh (Teh Sew Wan) telah menandatangani secara bersama 71 keping cek serta baucar pembayaran yang dikeluarkan kepada pelbagai syarikat proksi manakala hasil urus niaga korporat itu telah disalurkan ke akaun bank Ricky Wong dan Wong SK Holdings.
Panel itu turut menolak hujah perayu bahawa SC gagal mendedahkan pembatalan perintah pembekuan dan penyitaan terdahulu, dengan menyatakan bahawa perkara tersebut telah didedahkan dalam afidavit SC, hujahan bertulis serta perintah pembatalan yang dikemukakan sebagai eksibit di hadapan Mahkamah Tinggi.
“Berdasarkan alasan-alasan tersebut, kami memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah melaksanakan budi bicara beliau berlandaskan prinsip undang-undang yang betul, dan Mahkamah Rayuan tidak wajar campur tangan.
“Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan rayuan-rayuan ini ditolak dengan kos,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Pendang Terus Bersama Rakyat, Bukan Bermusim Teruskan Perjuangan
- Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya
- RMMJ Bukan Sekadar Janji, Kerajaan Johor Pastikan Rakyat Terima Kunci Rumah
Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme
Panel itu memerintahkan perayu membayar kos sebanyak RM50,000 bagi setiap satu daripada empat rayuan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan RM200,000.
Perbicaraan kes itu sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi.
Peguam Tan Sri Cecil Abraham, Alex Tan dan Chin Jia Yi mewakili Teh manakala Wong dan syarikat mereka diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
SC pula diwakili peguam Datuk Lim Chee Wee, Kwan Will Sen, Ng Kar Man, Esther Hong dan Manveer Singh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.